Posts tagged: masalah berat badan

Obesiti…Awas, tabiat makan mempengaruhi

Salam ceria,

Minggu lepas saya satu family pergi ke Setapak untuk makan malam. Saya memang dah lapar dan memang nak makan nasi. Hubby saya kata jom ke Setapak ( setapak aje ..he he ) . Tak mahal katanya.

Di sebabkan nak makan di luar, saya pun setuju aje lah. Makan steambot. Malas nak banyak cakap sebab saya bukan suka makan style macam ni so makan aje lah. Tak ada apa yang menarik pun makan steambot ni walaupun memang selalu gak makan benda alah ni.

Saya memang bukan kaki makan dan di sebabkan tak boleh nak order nasi goreng ayam ke, ambik ajelah nasi goreng sikit. Yang lain2 tu mereka pilih aje sendiri malas saya nak deal dengan benda-benda ni.

Nak kata sedap, rasanya Yong Tau Fu kat pasar malam tu lagi sedap. Kuah rebus tak rasa. Mahal pulak tu. Rasa tak puas hati langsung sebab tak berbaloi dengan apa yang saya bayar. Rasa macam kena tipu aje.

Pada saya lah, tak perlu nak makan tempat macam ni. 6 orang makan cajnya RM 136.Apa yang kami makan sampai RM 136? Rasanya makan kat gerai saya lagi kenyang sebab banyak pilihan dan RM 50 pun tak sampai.

Menyesal tak sudah ikut cakap boss besar ;) ni. Saya memang lah bukan kaki makan tapi pada pendapat saya lah, inilah cara pengusaha makanan cekik darah orang.

Salah kita jugak sebab konon nak makanan istimewa sedangkan apa yang di hidangkan lebih kurang aje. Hanya sebab kita boleh tambah apa saja yang nak di makan makan maka kita pergi kat tempat macam ni.

Saya memang tak suka tempat macam ni lebih-lebih lagi saya lebih suka makan nasi. Memang kalau hubby ajak lagi takkan saya pergi. Sebab?

Selain perut tak boleh masuk macam-macam dalam sesuatu masa, membazirkan duit aje! Berapa banyak sangat la  perut kita boleh terima betul tak?

Lagi satu, makan style begini sebenarnya bukan budaya kita tapi budaya barat. Semalam ada satu artikel di suratkhabar tentang perkara yang sama menyebabkan hari ni saya pun nak ulas seiiring dengan kes cekik darah hari tu. 

Apa yang saya perhatikan sewaktu makan dalam restoran tu ialah orang sekeliling yang menhadap makanan. Semuanya besar-besar belaka. Maknanya terlebih makan! Kejap-kejap berulang tambah makanan sedangkan ikut cara yang betul, berhenti makan sebelum kenyang.

 Budaya makan apa saja ..makanlah apa saja yang ada patut di elakkan selain mengundang masalah kesihatan. Perut adalah lubuk penyakit. Kalau anda tengok ASTRO ada satu siaran bertajuk ‘ The biggest loser ‘ anda mungkin tahu betapa susahnya nak kuruskan badan.

 

Kebanyakan orang yang gemuk berlebihan atau obesiti berpunca dari cara pemakanan yang salah. Bukan setakat badan jadi gemuk dan penampilan jadi kurang menarik, banyak penyakit bakal singgah.

Kalau tak dapat sakit lutut ( sebab kaki tak boleh tampung berat badan ) penyakit darah tinggi, sakit jantung senang nak singgah.  

Itulah terlampau nak tiru cara orang putih, kita ikut saja budaya mereka. Budaya makan banyak banyak dan bayar satu kepala sampai RM 30 seorang ni memang elok di hentikan. Banyak yang tak elok  makan cara seperti ni.

Lagi satu, penat cari duit kerja siang malam, makan nasi goreng aje kat restoran besar lepas tu kena cekik darah! Malas nak mengomel , saya diam aje tapi dalam hati saya menyumpah ( he he ).

Jadi itulah saja post saya hari ni sebab masih terkenang lagi duit yang melayang seperti tak berbaloi hari tu :)

5 Panduan ringkas turunkan berat badan.

Saya tak  boleh tulis panjang-panjang hari ni sebab dah azan tapi saya nak postkan 5 tips saja dulu pagi ni.Nanti ada masa saya tambah lagi 5 cara sebab  ada banyak tips yang boleh di kongsi.

Pada sesiapa yang pernah baca tips ni boleh buat refreshment :) ya .

1.Berjalan merupakan senaman ringan. Jadi ringankan kaki anda untuk berjalan lebih ke tempat kerja . Kenapa tempat kerja? Sebab kita ni seharian kat tempat kerja jadikan aktiviti ni sebagai permulaan. Park kereta jauh -jauh sikit supaya kalori cepat terbakar.

2.Sambil kita tonton tv lakukan senaman ringan seperti sit-up atau senaman yang lain. Kata orang sambil berhibur sambil menurunkan berat badan. Boleh buat menari pocho-pocho kalau nak  .

3.Lebihkan minum air putih supaya lemak berlebih, tokson berlebih boleh keluart dengan lebih banyak dan cepat. Air putih bantu sistem penghadaman atau pencernaan dengan lebih teratur.

4.Lebihkan makanan berserat supaya perut tak terasa cepat lapar sambil senangkan pembuangan air besar.

5.Jangan makan lewat malam sebab kalori tak dapat di bakar sebab bila dah makan selalunya mata dah mula mengantuk dan time tidur dah sampai.

Itu saja sebab saya kena masak untuk anak-anak yang nak ke sekolah.

Jumpa lagi.

WordPress Themes