RSS
 

Posts Tagged ‘mengandung’

5 Khasiat kismis yang elok untuk penjagaan kesihatan

09 Apr

Semalam saya  menonton sebuah telemovie di Astro Awani bertajuk Link ke 2. Menarik cerita ni sebab ia mampu menginsafkan kita tentang betapa pentingnya menjaga dan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna.

Secara ringkas ia sebenarnya kisah mengenai kisah seorang bekas banduan yang telah insaf dengan kesalahan masa lampau dan mensia-siakan diri sendiri dan keluarga. Oleh kerana beliau telah pun berpindah ke tempat lain selepas keluar dari penjara, di tempat beliau tinggal ada sekumpulan anak muda yang suka melepak .

Oleh kerana tidak ingin melihat remaja ini hanyut belaiu menngajak remaja tersbut untuk mencari harta karun di kebunnya.Harta karun yang di maksudkan sebenarnya ialah hasil kebun yang akan di dapati selepas berbudi pada tanah.

Saya tertarik dengan cara pendekatan belaiu mendekati kumpulan remaja tersebut tanpa memaki hamun mereka kerana setiap manusia pasti ada harga diri. Jika kena dengan caranya setiap orang boleh berubah dan ada ahli kumpulan remaja tersebut yang berubah dan insaf dengan perbuatan sia-sia mereka dan selepas itu lebih menghormati ibu-bapa.

Cerita sebginilah yang elok di tonton oleh kita kerana ia mengandungi pelbagai pengajaran.Sebelum tu saya menonton rancangan Cubaan kelolaan Akil Khay.Menarik cuma kadangkala menyampah dengan gelagat manusia yang memberikan  komen baik selepas terperangkap. Padahal sebelum tu bila di ajak /di uji oleh krew siri tersebut tanpa menyedari diri mereka di perhatikan , laju saja nak buat benda yang tak elok.

Macam-macam tapi bagus juga bila ada siri seperti Cubaan tu sebab sekurang-kurangnya kita yang menonton pun sebenarnya sedang di uji dan di perhatikan.Oleh siapa? Ha ha..faham sendiri ye, kalau tak faham jugak tak tau la.

Okay saya sedang cuba menyiapkan laman web baru saya tapi di sebabkan malas nak usik apa-apa sebab semalam pukul 2 pagi saya tidur lebih baik saya usik blog yang dah seminggu saya tak usik ni.

Jadi hari ni saya nak tulis pasal kismis sebabnya buah anggur kering atau kismis yang di order oleh kakak saya dah habis stok. Stok saya pulak memang dah habis sebab kismis tu anak saya buat macam gula-gula.Tapi tak apelah sebab kismis tu lebih berkhasiat dari gula-gula betul tak? Bayangkan kalau 250 gm boleh habis dalam sekelip mata, berapa kilo pulak saya nak simpan stok untuk mereka ni.

Selain kurma, kismis merupakan salah satu makanan favorite untuk kanak-kanak malah wanita mengandung juga. Kismis merupakan buah anggur yang di keringkan.Kismis bebas dari kolestrol, rendah tahap sodium dan tidak mengandungi lemak. Kismis kaya dengan nutrisi seperti vitamin, zat besi, mineral,serat dan kalsium.

Seperti kurma juga, kismis membekalkan tenaga secara serta merta kerana ia mengandungi gula fruktosa yang mudah di proses .

Antara khasiat kismis ialah :

1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.

2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )

3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.

4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric

Setelah kita tau betapa banyaknya khasiat kismis pada tubuh badan kita, jom kita satu famili amalkan makan kismis sebagai snek harian. Bukan untuk anak-anak saja malah ibu bapa sendiri untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Dari mengunyah keropok-keropok atau junk food, mengunyah kismis adalah jauh lebih menyihatkan.

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Kurma …makanan sunnah berkhasiat untuk semua peringkat usia

27 Feb

Adik kawan saya datang rumah malam semalam untuk ambik kurma Ajwah atau kurma nabi yang di pesan. Pintu pagar dah di kunci nasib baik la saya masih lagi mengetuk laptop yang dah boleh masuk muzium ni.

Nampaknya begitu banyak idea bisnes yang datang dalam kepala saya minggu ni . Nampak saja sesuatu barang tu kepala saya mula la ..mmm…boleh buat bisnes ni..Kata kawan saya …mata duitan ! Alhamdulillah kerana Allah bagi saya berbagai peluang  dan idea untuk meningkatkan perniagaan online saya. Gunakanlah sebaik-baiknya betul tak?

Insyaallah tak lama lagi saya akan mula membekalkan ( telah pun bermula sebenarnya ) pelbagai jenis kurma dan makanan yang sewaktu dengannya . Boleh la sape-sape nak jual secara borong atau runcit hubungi saya untuk dapatkan price list .Buat masa ni, saya baru saja upload beberapa gambar dan info produk di kedai facebook saya.Tak lengkap lagi :(

Kalau dah macam-macam jenis kurma ada, saya kena la guna web e-commerce utk mudahkan customer view.Tak larat nak update dalam minisite ni. Boleh klik gambar kurma, kacang pistachio, kismis yang ada di side bar sebelah kanan blog saya ni..tapi info masih belum lengkap

Insyaallah nanti akan muncul jua laman web khas untuk saya perkenalkan kurma yang saya dapati mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan banyak di amalkan untuk tujuan perubatan.Bayangkanlah ada lebih kurang 1400 jenis kurma rupanya ..barulah saya tau.

Antara khasiat kurma :

1.Membekalkan tenaga segera pada badan ( sebab itulah ramadhan kita di sunatkan berbuka dengan kurma )

2.Melawaskan sistem pencernaan kerana kulit kurma kaya dengan serat

3.Meningkatkan kecerdasan bayi /kanak-kanak kerana banyak mengandungi potasium

Nanti saya akan terangkan lagi khasiat kurma  pada post akan datang sebab ada banyak yang masih ramai tak tahu.

Mlalam tadi adik kawan saya tu kata  ( tak ingat adik ke kakak ) yang dia cari kurma nabi sebab dia nak buat ubat.Ustaz yang suruh dia cari kurma ni untuk di buat ubat kanser.

Teringat saya ada membaca di blog/forum beberapa hari lepas yang kurma ajwah atau kebanyakan orang panggil kurma nabi ni adalah buah dari syurga.Nanti saya akan update lagi sejarah atau asal usul kurma nabi ni dalam entri yang akan datang. Tungguuuuuu……

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Ubah kebiasaan sewaktu mengandung dengan zikir hasbi-rabbi

04 Feb

Lama saya tak menjenguk blog saya ni.Tak dapat saya nak update selalu sebab bila anak dah start sekolah masa saya begitu singkat.Ingatkan bila dah masuk ok, rupanya lagi sibuk.

Tapi dalam sibuk saya selalu jugak bukak Astro Awani dan tertarik dengan beberapa siri dan segmen yang akan di paparkan setiap hari. Antara segmen yang saya suka ialah siri tanah kubur lakonan Nasir Bilal Khan.Bagus siri ni sebab banyak pengajaran yang dapat saya ambil.Faham-faham ajelah kita ni tak tau hidup berapa lama .

Lagi satu ialah setengah jam atau sebelum azan zohor, asar, maghrib, isyak  ada segmen indahnya iman . Segmen ni menarik sebab ada macam-macam zikir yang bagus untuk di amalkan .Jadi saya tergerak hati nak share salah satu zikir yang anak kecik saya pun dah hafal .

Saya letakkan video zikir tersebut di bawah ni.Ada ramai yang alunkan zikir ni .Akhil Hay, Kumpulan Hijjaz  pun ada tapi saya sangat  suka alunan dari Ustaz Dzulkarnain.

Rasa tenang dan bagus untuk di amalkan sewaktu mengandung .Kalau dulu selalu pasang mozart :) , sekarang kita alunkan zikir pula..lebih banyak pahalanya.

Insyaallah nanti bila ada kesempatan saya letakkan pula video zikir yang lain dari ustaz Dzulkarnain.

Jumpa lagi :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Mengandung dan berpuasa di bulan Ramadhan

01 Aug

Assalamualaikum dan selamat berpuasa saya ucapkan pada semua. Kita dah masuk satu Ramadhan dan harapnya lepas la tahun ni kita semua lengkap berpuasa ye.

Saya teringat waktu mengandung anak pertama dulu yang mana masa tu saya cuba berpuasa sebab malas nak ganti banyak-banyak…he he tak terdaya sb godaan banyak.

Tapi memang saya tak mampu sebab cuma terdaya 6 atau 7 hari saje. Bila tak makan badan terus berpeluh dan mengigil-gigil menahan lapar.

Oleh kerana keadaan yang tak mengizinkan maka terpaksalah saya berhenti berpuasa lebih kurang 23 @ 24 hari. Bayangkan tu :(

So, kalau anda sedang mengandung dan masih lagi ‘early stage’ yang mana memang terasa jika tak ambik makanan, saya nasihatkan berbukalah.

Jangan di paksa badan sebab kita masih boleh menggantikannya di lain hari. Time ni memang bayi tengah nak makan dan perlukan khasiat dan pemakanan yang cukup untuk membesar.

Saya juga takut kalau early stage kita kekurangan asid folik yang amat penting untuk tumbesaran bayi yang di kandung. Maklumlah kita cuba elakkan perkara yang buruk dan sentiasa mengharapkan baby yang di kandung sihat dan sempurna.

Seeloknya lebihkan minum air masak dan bukan telan air batu time bulan puasa ni. Bukan tak boleh langsung tapi kadang-kadang bila dah terlebih minum air batu, nasi pu tak lalu nak makan sebab dah terasa kenyang air :)

Ambillah beberapa biji buah khurma yang sangat baik untuk kesihatan dan pembesaran bayi. Buah khurma banyak khasiat selain membekal tenaga kepada kita.

Sebaiknya time ni la kita jaga pemakanan kita sebab 11 bulan yang lain tu kita ambik apa saja waktu makan.Mungkin waktu ni kita boleh disiplinkan diri untuk ambik makanan waktu lapar dan tak sentiasa mengunyah ( bukan untuk yang mengandung ye :) .

 Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak dan seeloknya kalau sempat masak le sendiri. Tapi kalau tak sempat nak buat camana kan. Saya faham sangat masalah ‘jem’ di Kuala Lumpur ni.

Dulu waktu masih bekerja, berhimpit dalam LRT Bangsar sebab nak kejar siapkan meja nak berbuka puasa. Syukurlah saya dah tak perlu lalui semua tu lagi sekarang :)

Ok saya stop dulu sebab bateri laptop dah nak habis , laptop saya pulak buat hal sebab dah nak masuk museum la katakan:(

Daa

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Rahsia memiliki anak yang pintar dan cerdas.

13 May

Salam ceria,

Minggu ini saya berulang kali berbincang dengan guru tadika anak saya mengenai tahap perkembangan anak kecil saya. Saya telah memerhatikan anak kecil saya ni agak malas untuk buat home work.

Setelah berbincang dan alhamdulillah saya dapati juga pihak tadika juga sedang revamp semula kaedah pengajaran di tadika tersebut supaya lebih berkesan.

Bukan pada peringkat pembelajaran sahaja malah dari aspek yang lain. Saya hanya bimbang anak kecil saya ini leka dan kurang menumpukan perhatian dengan pelajaran . Memang benar ia baru tadika tapi proses pembelajaran bermula dari bawah.

Sesuatu yang di lakukan berulang kali akan lebih berkesan dari hanya melakukannnya sekali-sekali sahaja. Setelah seminggu beberapa perubahan di lakukan pihak tadika, saya dapati banyak perubahan yang baik yang di tunjukkan oleh anak saya.

Ini menggembirakan hati saya kerana bukan setakat si kecil lebih rajin malah sikapnya juga bertambah memuaskan hati. Saya memang agak garang tetapi biasalah, garang macammana sekali pun kadang-kadang mereka tidak kisah. Jadi saya pun ada meminta guru tadika supaya lebih strict dan bertegas dengan anak saya.

Anak saya juga semakin lebih berminat untuk melakukan home work tanpa di suruh. Senang sikit hati saya kerana saya bimbang jika anak saya ketinggalan.

Sewaktu saya di landa kebimbangan ini, saya berpeluang pula untuk membaca sebuah e-book yang buat saya teruja sewaktu merima email tersebut dari rakan saya.

Tajuk ebook ini Rahsia Anak Pintar

 

Walaupun saya hanya membaca sekali imbas pada permulaan, saya dapati kandungan ebook ini sangat patut di miliki oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak dan juga pada pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu dan ayah.

Antara isi kandungan yang menarik ialah :

1. Bagaimana meransang minda bayi sejak dari kandungan . Bercakap-cakap dengan bayi yang belum di lahirkan adalah di galakkan . Kenapa? Anda perlu baca ebook ini untuk dapatkan jawapannya dan praktikkannya jika anda sedang mengandung.

2.Bagaimana amalan-amalan sewaktu mengandung akan mempengaruhi sikap dan rohani anak-anak.Gangguan emosi si ibu bakal menjejaskan perkembangan emosi bayi dalam kandungan.Ketahui dari ebook ini supaya anda dapat menjauhkan sikap murung apabila anda sedang mengandungkan seorang bayi yang anda sangat inginkan.

3. Makanan yang di sarankan sewaktu mengandung yang bakal mempengaruhi tahap kecerdikan anak-anak.Adakah anda sedang mengamalkan pemakanan yang baik untuk anda dan bayi? Kenapa makanan ajaib untuk bayi di sarankan dan kenapa orang yahudi bijak memilih makanan untuk bayi mereka?Dapatkan jawapannya melaui ebook ini.

4.Teknik-teknik remeh tetapi berkesan dalam meransang dan menjana perkembangan bayi yang telah di lahirkan.  Teknik yang bagaimana? Baca ,fahami dan praktikkan isi kandungan ebook ini kerana ia bakal merubah tahap kepintaran dan kecerdasan bayi anda,

4. Bagaimana mencetuskan minat belajar pada anak-anak.Anak-anak yang ‘menyibuk’ dan mengacau sewaktu kita sedang sibuk melakukan sesuatu sebenarnya sedang mengembangkan otak mereka. Apa yang harus anda lakukan jika anda tidak membantu mereka di waktu yang penting ini? Anda harus dapatkan penjelasannya di dalam ebook ini supaya anda tidak lalai menjadi ibu-bapa yang prihatin.

5.Peranan dan gaya ibu-bapa itu sendiri dalam pembentukan anak-anak. Apa yang patut diamalkan oleh kita untuk meningkatkan diri supaya menjadi insan contoh. Kata orang jangan menyuruh anak berjalan lurus jika kita sendiri berjalan macam ketam.

Kesemua rahsia ini di terangkan dengan jelas kenapa dan bagaimana untuk menanganinya. Tidakkah anda mahu memiliki anak yang cerdik dan cerdas ?.

Saya yakin semua ibu bapa yang prihatin dengan anak-anak pasti ingin melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Dan masa yang paling baik untuk membimbing adalah sejak dari kandungan.

Anda boleh dapatkan ebook yang sangat berguna sebagai panduan ini di sini.

Kak Rahimah

P/S Jika saya mengandung , pasti saya dapatkan ebook ini awal-awal lagi :)  Masih belum terlambat jika anda telah pun mempunyai anak yang telah membesar kerana proses pendidikan tidak terhenti sebaik bayi di lahirkan malah hinggalah mereka meningkat dewasa.Dapatkan ebook itu di sini sekarang !.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
5 Comments

Posted in Artikel

 
 
Bulk Email Sender