RSS
 

Posts Tagged ‘nona roguy’

Bagaimana Lulur Membantu Sewaktu Berpantang

23 Feb

scrubSaya masih ingat lagi sewaktu tinggal di kampung baru menyewa apartment 3 bilik di sana. Seronok masa tu sebab memang dekat nak ke mana-mana.

Sekarang saya tengok dah sesak kawasan tu dengan ada lrt di belakang apartment tu. Hmm..’terkenang semasa dulu hatiku merasa rindu’..hi hi macam lagu tahun 50 an..

Ok saya tak tulis panjang kali ni tapi nak ulas sikit tentang herbanika lulur di dalam set bersalin NR.

Waktu saya muda-muda dulu di kampung baru bila ada masa lapang saya berlulur.Senang aje saya guna bedak rambai dalam packet tu aje.

Best sebab baunya sedap. Rasanya sekarang pun masih ada lagi. Kalau dalam set NR herbanika lulur ni dalam botol. Cara guna sangat senang cuma campurkan dengan air mawar atau air biasa pun boleh dan terus gosok di badan. Tak perlu basahkan badan dengan air .

Gosok seluruh badan dan sental kerana daki-daki yang melekat memang boleh hilang. Saya pernah saja-saja guna lulur jenama lain yang packingnya nampak moden dan cantik.

Memang bau lulur tu wangi sebab berasakan buah-buahan tapi hasilnya kurang memuaskan hati saya. Sebabnya ia cuma wangi tapi kurang berkewsan dalam menghilangkan daki atau kesan hitam kalau waktu lepas bersalin.

herbanika lulur nrPengalaman saya pernah sekali badan jadi hitam-hitam dan terpaksa guna herbanika lulur Nona Roguy untuk hilangkan kesan berbelak tu. Memang efektif walupun kesan lulur tu menyebabkan baju kita jadi warna kuning.

So pandai-pandai la ye kalau nak pakai baju dalam-dalam tu kalau baru lepas pakai herbanika lulur NR !

Sewaktu menyental daki memang senang tanggal dan hasilnya kulit kita juga jadi lembut.

Itu pengalaman saya dan kalau untuk hilangkan daki dan nak rasa kulit lembut memang saya akan guna herbanika lulur NR juga.

Kalau saja-saja nak wangi dan bau buah atau bunga saya guna lulur jenama lain sebab terasa seperti pakai minyak wangi :)

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Perbezaan Set Bersalin NR Dengan Set Bersalin Jenama Lain

22 Feb

babySemalam saya terima call dari seorang pelanggan yang bertanya tentang perbezaan antra set bersalin NR dengan set bersalin yang lain.

Mmm…soalan ni juga salah satu soalan favorite dari pelanggan yang berminat menempah set bersalin.

Jadi hari ni saya nak komen pendek aje sebab saya ada beberapa perkara nak di selesaikan.

Sejujurnya saya berpengalaman menggunakan set bersalin jenama lain waktu anak ke pertama dan kedua.

Ketika itu set yang di gunakan ialah set bersalin Mustika Ratu dan Nyonya Meneer. Kedua-dua set ni bukan produk negara kita dan harganya agak murah.

Mungkin kerana ia kurang serasi dengan saya di samping cara berpantang ibu saya yang sangat tipikal ( pada pandangan saya la ) menyebabkan sala alami kesukaran.

Jumlah air yang di minum juga di sukat setiap hari menyebabkan keadaan bertambah parah . Tak sanggup saya nak tempuh lagi seklai bila masuk anak ke 3 jadi kawan saya mencadangkan saya guna set bersalin nona roguy. Dulu orang panggil set bersalin nr dan warna kotaknya hijau pekat.

Dan waktu dulu set bersalin nona roguy ni ada 2 set yang berlainan.Tak sialp saya salah satu set bersalin nona roguy tu di panggil set prima tapi lagi satu saya tak ingat.

set bersalin nrBagaimanapun harganya ketika itu agak mahal dan saya sendiri berkira-kira waktu nak guna. Maklum la masa tu gaji pun bukannya banyak nak guna produk nona roguy ni.

Bagaimanapun setelah guna produk Nona Roguy tu hasilnya sangat memuaskan hati saya. Saya tak lagi mengalami semua masalah yang saya hadapi seperti semasa berpantang anak pertama dan kedua.

Mungkin orang lain kesannya lain pula tapi saya alhamdulillah sangat berkesan ! Jadi since saya dah guna set Nona Roguy masa tu saya tak dapat la nak komen set bersalin jenama lain seperti set bersalin Leesa Formula, Sendayu Tinggi, Amway , Salindah dan sebagainya.

Pada pelanggan yang mengalami masalah sembelit memang mereka sangat bersyukur kerana tablet phyto natal nona roguy yang ada dalam set bersalin NR sangat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Itulah masalah terbesar ketika berpantang !

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Minyak Herbanika Sebagai Pemanas Badan Selepas Bersalin

21 Feb

Head massageSaya teringat sewaktu dalam pantang badan memang terasa panas. Bukan takat sebab cuaca panas aje tapi sebab dalam panas tu kena pakai baju panas.

Faham aje lah sebab emak saya memang kuat pantangnya. Tak pakai karang dia membebel aje. Tu yang buat saya lebih suka berpantang sendiri dan uruskan sendiri masalah berpantang saya untuk anak-anak no 2 sampai no 4.

Jadi sewaktu dalam pantang minyak panas nona roguy yang saya pakai memang terasa panas lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Kalau tak pakai minyak badan cepat rasa sejuk pulak dan takut pulak bentan. Saya pernah tengok orang kena bentan selepas bersalin dalam pantang.

Mengigil-gigil kesejukan walaupun dah pakai baju panas, bersetokin dan berselimut toto yang tebal tu ! Kalau saya tak tau la dah la tulang aje masa tu :)

minyak herbanika nrMinyak herbanika dalan set bersalin NR memang berfungsi sebagai pemanas badan. Sapukan minyak herbanika dari dahi sampai ke hujung jari. Di kepala, gosokkan supaya ia meresap dan mengurangkan rasa pening ( bau minyak ni sedap bau serai wangi ).

Sapu di seluruh badan supaya satu badan terasa panas. Kalau pakai minyak herbanika nona roguy ni tak perlu lagi pakai pilis ( yang di tampal di dahi ) sebab ia dah berfungi sebagai pilis.

Mudahkan pakai set bersalin NR itemnya ringkas dan multi purpose.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Cara Penggunaan Krim Herbanika Barut Yang Betul Sebelum Berbengkung

20 Feb

slender tummyKali ni saya post entri mengenai cara penggunaan krim barut yang terdapat di dalam set bersalin NR. Ramai yang masih tak berapa tau cara penggunaan supaya mendapat kesan yang maksimum.

Saya akan tulis pendek aje sebab cara penggunaanya tak la susah. Secara jujurnya krim barut dalam set bersalin nona roguy  ni sedikit kurang panas berbanding menggunakan barut tepung yang hanya boleh didapati dengan membeli secara loose item.

Di dalam setiap set bersalin NR akan ada satu unit krim barut sahaja dan bukan barut tepung yang perlu di masak dengan air asam jawa.Bagi yang rajin dan suka menggunakan cara yang lebih tradisi mereka lebih menyukai barut tepung yang perlu di didihkan dengan pekat dan di sapu dalam keadaan suam-suam panas.

Bagi mendapat kesan yang maksimum dengan penggunaan krim barut yang lebih moden, minyak herbanika nona roguy perlu di sapu di keliling perut dan pinggang di belakang.

krim barut NRSelepas selesai di sapu barulah anda menyapu layer kedua iaitu krim barut tadi. Dengan gabungan krim barut nona roguy dan minyak herbanika nona roguy tadi pemecahan lemak di kawasan perut yang menggeleber selepas bersalin akan lebih efektif.

Satu lagi selepas memakai krim barut nona roguy terus memakai bengkung sehingga petang. Selepas mandi pakai semula bengkung seperti cara mula-mula tadi sehinggalah bangun tidur keesokkan pagi.

Dengan cara ini pinggang dan perut insyaalah akan cepat nampak ramping .Kalau asyik bukak dan rehat berjam-jam dari memakai bengkung memang akan nampak kurang sebab kita tidak bersungguh untuk mendapatkan bentuk badan yang ramping semula selepas bersalin.

Nak cantik kena usaha sikit betul tak?

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Kelebihan Phyto Natal Di Dalam Set Bersalin NR

18 Feb

momDari dulu hingga sekarang pertanyaan mengenai kegunaan Phyto Natal sering di kemukakan oleh pelanggan. Ramai yang takut-takut jika Phyto Natal akan mengganggu proses penyusuan bayi.

Ada yang mengatakan kepada saya adakah susu mereka akan kering jika menggunakan phyto natal yang merupakan salah satu item penting dalam set bersalin NR.

Seperti yang kita maklum, set bersalin mana sekalipun fungsinya untuk memanaskan badan. Oleh kerana selepas bersalin badan kita akan terasa lebih cepat sejuk kerana dah banyak kehilangan darah maka di sinilah fungsi phyto ntal untuk memanaskan kembali badan kita.

Oleh kerana ia mengandungi galian, maka phyto natal berupaya menguatkan semula otot-otot badan kita yangr asa lesu selepas bersalin.

Ketika dalam pantang juga masalah kekurangan air sering berlaku .Bila kekurangan air, maka pembuangan air menjadi lebih sukar dan boleh mengakibatkan masalah sembelit dan lebih terul lagi buasir.

Saya biasa menerima panggilan talipon, email dan sms yang meminta nasihat apa yang perlu mereka makan untuk mengatasi masalah ini ketika dalam pantang.

set bersalin nrKebanyakannya telah membeli set bersalin yang lain tetapi mengalami masalah pembuangan air besar yang sangat teruk dan rasa ngeri setiap kali terasa nak ke bilik air.

Saya berkata benar kerana sebaik mereka mula mengambil phyto natal Alhamdulillah kesukaran membuang air besar tadi cepat hilang dan ramai pelanggan yang sms saya kerana gembira masalah besar mereka sewaktu dalam pantang selesai !.

Itulah kehebatan set bersalin NR ( dulu di kenali sebagai set bersalin Nona Roguy ). Jika pelanggan lama yang ketika set bersalin NR ni di kenali dengan nama set bersalin Nona Roguy mereka minta saya saya reconfirm yang ini adalah set bersalin Nona Roguy yang mereka guna dulu.

Bukan apa sebab kotak set bersalin NR dulu warna hijau pekat dan sekarang telah berubah apda warna hijau dan putih yang lebih nampak cantik.

Itu saja hari ini nanti kita jumpa lagi.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel