Posts tagged: pembantu rumah

Masalah pembantu rumah yang menjengkelkan

Salam ceria,

Minggu ni rasanya ramai majikan-majkan yang mempunyai pembantu rumah yang sakit dan pening kepala . He he…kerajaan baru je keluarkan satu ‘berita baik’ untuk mereka sebab sekarang ni semua pembantu rumah mesti di beri cuti sehari pada hari Ahad.

Yang bestnya pulak tu, siap bagi passport lagi nak bagi pembantu rumah ni makan angin. Rasanya masalah pembantu rumah ni dah sampai ke tahap yang semua rakyat Malaysia terutama sekali pasangan yang telah berkeluarga untuk memikirkan sesuatu.

Pada pendapat saya, arahan yang di keluarkan ini ada banyak pro and cons ( speaking london you :) ).Yang tak bagusnya ialah pihak majikan yang selama ni terpaksa bayar lebih untuk dapatkan pembantu rumah terpaksa simpan budget lagi sebab kemungkinan pembantu rumah mereka lari dah bertambah tinggi .

Setiap kali mereka perlu dapatkan pengganti, tak silap saya mereka kena bayar pada agent yang supply pembantu rumah tu pada mereka ( saya memang tak ada pembantu rumah sebab bantu diri sendiri je ).

Jumlahnya beribu-ribu yang mana pendapat saya lebih baik ambil pembantu rumah dari negara lain seperti Kampuchia ( ramai penduduk islam yang miskin tapi kurang menimbulkan masalah sosial )

Agen pulak seperti menangguk di air keruh sebab poket mereka akan sentiasa penuh. Sapa-sapa yang nak duit banyak elok jadi agen pembantu rumah sebab bila mereka hilang je, pasti 5-6 ribu masuk poket.

Yang baiknya pulak dan semestinya ramai yang kurang setuju pada pendapat saya ialah inilah masanya untuk semua wanita yang bekerja memikirkan semula keperluan mereka bekerja. Adakah mereka bekerja kerana mereka memang nak bekerja sebab gaji suami tak cukup?

Atau sebab ijazah semua dah dalam tangan jadi rugi kalau tak kerj?. Peranan suami sangat penting di sini kerana tanggung jawab mencari nafkah adalah tanggung jawab suami dan bukan tanggung jawab isteri.Ramai yang buat-buat lupa tanggung jawab mereka sebab isteri bekerja dan anggap isteri akan bantu.

Pada pendapat sayalah, kita seharusnya ambil dari sudut positif dengan arahan terbaru kerajaan ni. Dah sampai masanya kita tak perlu bergantung pada orang luar untuk jaga anak kita sendiri. Fikirkan satu langkah positif . Kalau perlu bekerja, masih banyak lagi ruang pekerjaan yang boleh di lakukan di rumah.

Tak semua pekerjaan memerluakan ada bekerja di pejabat. Tak silap saya beberaa bulan lepas, ada satu jabatan kerajaan yang mewujudkan pekerja mereka bekerja di rumah ( pelukis pelan ke tak silap saya ) dan ramai mereka yang terlibat seronok dengan tindakan positif tu.Tak kira bekerja di rumah atau di pejabat anggap anda sedang bekerja dan disiplinkan diri.

Kerajaan juga pada pendapat saya perlu buat sesuatu dengan pihak majikan ( pejabat ) untuk membantu para ibu yang terpaksa bekerja. Mungkin lebih banyak pusat jagaan di pejabat, insentif atau apa saja supaya nasib ibu yang bekerja dan meninggalkan anak pada jagaan orang lain terbela.

Berkobar-kobar pulak saya denga isu macam ni. Bukan apa sebab masa saya bekerja dulu pun macam-macam cerita dari kawan-kawan yang saya dengar .Nak ketawa pun ada sebab lebih banyak masalah yang timbul lepas ada pembantu rumah :)

Jadi anda bagaimana?

 

Kak Rahimah

Masalah rumahtangga ibu yang bekerja

Dah hampir 4 hari blog saya tak dapat di update kerana sistem yang asyik kantoi di tengah jalan.Saya dah bangun pagi macam biasa tapi tak tau la kenapa teruk sangat kali ni.

Kawan saya kata saya toreh getah pagi-pagi tapi saya kata hari ni susu getah tak keluar :) Nampaknya saya terpaksa toreh getah lagi tengah hari nanti.

Beginilah kehidupan saya setiap hari. Bangun pukul 4 pagi untuk buat kerja-kerja online saya dan terpaksa stop pada pukul 6 pagi untuk buat sarapan dan makanan tengah hari.

Saya memang tak ada pembantu rumah sebab saya tak percayakan orang luar duduk di rumah saya ..he he.

Saya rasa ramai wanita terutama sekali ibu yang bekerja menghadapi masalah yang serupa seperti saya dan inilah tajuk posting saya kali ini.

Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, isteri ,ibu dan seorang usahawan perniagaan internet saya melakukan rutin yang sama setiap hari.

Saya rasa ibu yang bekerja memang banyak masalah di bandingkan dengan ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa .Ada yang kata apa masalahnya sebab setiap bulan ada gaji dan boleh beli barang yang kita nak dengan duit sendiri. Tak perlu nak harapkan pada suami.

Saya ? Saya ada plan saya sendiri dan saya memang bercita-cita untuk bekerja dari rumah sepenuh masa. Banyak sebenarnya masalah yang timbul apabila isteri atau ibu yang terpaksa keluar bekerja.

 

Antaranya masalah mendapatkan pengasuh untuk menjaga anak-anak yang tinggal di rumah . Itu kalau yang tak ada maid. Kalau ada maid pulak nak kena keluar duit bayar gaji setiap bulan dan yang paling saya rasa mahal sekali ialah kos untuk mendapatkan seorang pembantu di rumah.

Bukan saja mahal tapi belum lagi memuaskan hati. Saya juga risau jika terjadi apa-apa seperti kes anak di larikan pembantu rumah seperti yang pernah terjadi dulu dan banyak di laporkan di akhbar.

Saya tak berani mengambil risiko tersebut biarpun saya memang penat.

Begitu juga dengan bayaran ansuran rumah, kereta, talipon dan segala macam bil yang perlu di jelaskan setiap bulan.

Ibu yang bekerja juga terpaksa mengasingkan peruntukan sedikit wang untuk duit poket di pejabat dan sehari–hari . Ye lah kalau naik kereta kena bayar minyak, tol, parking dan sebagainya. Itu belum campur lagi dengan masalah traffic jam yang tak pernah surut.

Kalau duduk di pekan kecik atau di kampung tak jadi masalah sangat tapi kalau di Kuala lumpur ni memang mnyeksakan jiwa. stress!

Mana yang naik lrt pulak duit tambang lrt mesti ada .Takkan nak main panjat je lrt tu macam kita selalu tengok dalam cerita hindustan tu! :)

Lagi satu masalah bila pengasuh atau pembantu rumah not available maknanya terpaksa la ambil mc ke, el ke untuk jaga anak kat rumah.

Bila saya fikir-fikirkan balik banyak sangat masalah kalau kita ni bekerja. Masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada.

Anda macammana?

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes