RSS
 

Posts Tagged ‘permainan’

Kanank-Kanak Dan Bahaya Pembantu Rumah

26 Feb

Minggu lepas rasanya heboh tentang kes pembantu rumah yang menganiaya kanak-kanak. Tak habis-habis kes penderaan kanak-kanak dan bayi berlaku di Malaysia terutama dari pembantu rumah yang datang dari Seberang.

Saya ada juga membebel pada anak saya bila penat dan kata kalau ada pembantu rumah dalam ni bukan mereka yang kena lambung tapi pembantu rumah tu yang sure kena lambung :)

Saya tak sanggup tengok video tu bila anak saya tunjuk kat handphone dia sebab baby tu kecik sangat lagi. Dah tentu baby besar tu tak tau apa-apa.

Anak di dalam rumah sekali pun sekarang ni bahaya inikan pula di luar. Saya jarang melepaskan anak saya bermain di luar kerana kes kehilangan kanak-kanak di taman permainan juga selalu berlaku.

kidsWalupun pun taman permainan ramai orang tapi tanpa orang dewasa memantau ia amat bahaya kerana orang yang jahat sangat ramai memerhatikan mereka.

Adalah lebih baik jika kita membelikan permainan yang boleh di letakkan di halaman rumah seperti yang ada di taman permainan.

Saya ada membaca permainan kanak-kanak yang boleh di beli di web ni dengan harga yang murah. Anda patut mengambil peluang ini.

Ibu-ibu di Malaysia harus mengubah diri sekarang. Mungkin ramai yang tak setuju jika saya katakan bahawa IBU adalah wanita terbaik untuk menjaga anak masing -masing !

Tidak usahlah percaya sangat pada pembantu rumah terutama sekali yang di ambil dengan agensi pembantu rumah ni walaupun tidaklah semua.

Jika terlalu sibuk mencari duit sedangkan itu tanggungjawab suami maka serahkanlah tugas tersebut kepada suami. Suami pula harus ingat tanggungjawab mereka adalah menjaga amanah yang Allah dah beri dan yang telah mereka akui dalam lafaz akad nikah.

Jangan hanya ingat seronok kahwin kerana isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab. Pada para ibu yang bekerja, ada macam-macam yang boleh di lakukan di rumah kerana banyak peluang pekerjaan dan perniagaan jika anda membuka minda anda.

Kasihanilah anak-anak kita. Kita mungkin tak dapat kereta mewah, pakai baju cantik-cantik dan duit yang banyak tapi  kita dapat jaga anak dan perhatikan keselamatan mereka bila kita menjaga sendiri.

Rancanglah untuk melakukan sesuatu untuk menjaga sendiri anak anda. Pembantu rumah sebaik mana pun mereka tetap tak boleh di percayai untuk menjaga 100 % anak-anak kita.

 

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

4 Kelebihan membaca al quran sewaktu mengandung

02 Nov

Semakin meningkat usia semakin saya ingin mempertingkatkan amalan. Faham-faham ajelah tak kan kita akan hidup selamanya betul tak? Dah sekarang ni membaca quran semakin mudah jika kita masih kurang lancar.

Kalau tak ada tempat nak belajar mengaji semula anda boleh dapatkan sebuah al quran digital yang boleh membantu anda memperbetulkan bacaan anda. Tak tau mana nak cari quran ni, boleh cari di ekdai online saya di sini.

Tapi pastikan quran digital anda di sahkan KDN Malaysia dulu ye sebab kalau tak ada kelulusan KDN di takuti ada kesilapan dalam teks quran tersebut.

Kalau dulu kurang mengaji apa kata sekarang kita pertingkatkan. Pada pelanggan saya yang sedang mengandung malah pada diri saya sendiri ( i am not pregnant :) ) saya sangat galakkan anda untuk mengamalkannya.

Jom tengok apa kelebihan dan keistimewaan membaca al quran sewaktu mengandung .Oh ye..bukan sewaktu mengandung aje ye malah pada bila-bila masa.

1.Membaca al quran sewaktu mengandung akan membentuk sahsia yang baik pada bayi yang di kandung. Sejak dari dalam perut bayi anda sudah di perdengarkan bacaan ayat-ayat suci dan sentiasa mengingati penciptanya.Insyaallah amalan baik sejak kecil akan membantu kita mendapat anak yang salih.

2.Perasan dan jiwa yang tenang. Ayat quran umpama terapi diri yang mampu menenangkan jiwa si pembaca.Lebih-lebih lagi jika anda faham makna ayat yang anda baca. Kalau ibu mengandung perasaan penat dan sensitif cepat terasa dan cepat membuatkan rasa nak marah. Sejukkan hati dan jiwa dengan membaca al quran.

3.Dapat menjauhkan diri dari bisikan syaitan dan iblis. Mereka ni memang makhluk perosak sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jadi jauhkan mereka lebih-lebih lagi sewaktu mengandung kerana wanita yang tengah mengandung mempunyai jiwa dan perasaan yang lemah dan mudah di rasuk.

4.Ganjaran pahala yang sangat besar.Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Saya sebutkan 4 sahaja sebab keistimewaan membaca al quran sangatlah banyak.Lebih-lebih lagi jika anda mencari apa makna surah atau ayat yang anda baca.

Oh ye saya nak pesan pada semua ibu yang mengandung supaya membaca ayat qursi dan mengulang ayat yang terakhir sebanyak 7 kali sebelum tidur. Selepas mengulang ayat terakhir 7 kali tiup ( tadah tangan ) dan sapu dari arah kepala sehingga ke tapak kaki ( macam melumur lulur la ) .

Insyaallah kita akan tidur tanpa gangguan. Itulah yang saya amalkan sejak dari zaman saya di ITM Shah Alam lagi sampai sekarang ( duduk hostel Cempaka masa tu selalu kena himpit wakti tidur..tak tahan :( ).

Jumpa lagi.

Insyaallah nanti kita jumpa lagi dengan entri yang lain pula.

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Walker kanak-kanak dan buruk baiknya.

17 Jul

Salam ceria,

Maaf agak lama saya tak menulis apa-apa di blog ni. Bukan apa, batuk dan tak sedap badan. Suara kejap keluar kejap tidak.

Kalau keluar pun suara ni bunyinya dah macam penyanyi ELLA :) Anak-anak saya pun macam tu. Jadi ada pelanggan yang dapat bercakap dengan saya dan ada masa saya terpaksa sms sahaja sebab masa tu suara tak keluar dan tekak rasa sakit dan pedih.

Saya rasa sekarang cuaca panas dan hujan. Jadi kadanga-kadang jika anda ada anak yang sedang bersekolah, mereka mungkin balik basah kuyup jika berjalan kaki. Bagi yang naik bas pun macam tu juga terutama anak lelaki. Tak kena hujan pun mereka akan kenakan jugak badan mereka pada hujan :)

Cukup pasal cuaca sekarang. Saya hari ni nak bercerita pasal walker kanak-kanak yang saya ternampak waktu berjalan-jalan hari tu. Wah, harga sekarang boleh tahan mahalnya. Waktu dulu rasanya murah aje walker ni.

Apa bendanya walker ni? Mana yang tak tau , ini gambar walker untuk mana yang tak ada experience :)

Okay ke tak guna walker ni. Kalau anda malas nak pegang anak dan anak pula tak nak tidur dan anda perlu melakukan kerja,  walker sebenarnya membantu. Kanak-kanak yang belum pandai berjalan akan menggunakan walker ni untuk ke sana-kemari tanpa perlu anda memegang atau mendukung.

Bagaimanapun lebih banyak buruk dari baik pada pandangan saya. Walker meemrlukan kawasan yang lapang atau luas supaya perjalanan walker tidak terganggu. Risikonya jika kawasan sempit bayi anda mungkin terjatuh atau terlanggar halangan -halangan seperti perabot atau permainan yang berada di kawasan rumah seperti ruang tamu.

Jika di kawasan lapang juga ia ada risiko sendiri. Kemungkinan bayi anda akan berlari laju dan jika ‘over speed’ walker boleh terjatuh atau terhantuk pada dinding atau pintu rumah. Lebih buruk lagi jika pintu rumah terbuka. Awas jika pintu rumah anda berdepan dengan jalan atau depan pagar. Ia sangat merbahaya.

Menggunakan permainan seperti walker sebenarnya memerlukan pengawasan. Ambil 10 atau 15 minit jika anda perlu menggunakan walker dan jangan biarkan anak anda berada berseorangan. Mesti ada seseorang memerhatikannya dan tidak melakukan perkara lain. Jika tidak, jangan pakai langsung sebab tanpa pengawasan, macam-macam boleh berlaku.

Itu saja hari ini.  Jika anda rasa dah tak perlu gunakan walker, hantar aje kat kedai recycle atau cash converter dari terbiar. Atau sedekah aje pada kawan atau saudara yang nak guna tapi bagi la peringatan sikit pada mereka ye.

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Kanak-kanak berfikir sewaktu bermain

18 Oct

Assalamualaikum.

Saya teringat pada bulan Ramadhan yang lepas, waktu berbuka puasa kadang saya terpaksa ‘berlawan’ dengan anak saya yang berusia 4 tahun.

Memang beliau suka ‘ganggu’ waktu berbuka dengan meminta nak duduk atas riba walaupun kerusi makan cukup untuk 6 orang kat rumah.

Jadi seksa juga waktu nak berbuka kalau dia mengacau. Tapi kadang-kadang beliau tak kacau langsung.Rupanya kakaknya telah mendapat satu idea bagaimana untuk membiarkan dia duduk diam-diam waktu kami menikmati hidangan berbuka.

Apa caranya? He he…mereka suruh dia main puzzle..wa wa wa..Kenapa? Sebab bila main puzzle, beliau jadi leka sebab sibuk nak siapkan puzzle yang dah berceramuk. Jadi bila dah dekat nak azan, puzzle yang dah siap akan di teraburkan semula oleh si kakak.

Jadi dapatlah kami semua makan dengan aman. Bila saya bertanya pada si kakak? Dia bagi tau yang anak saya yang ke 4 ni cepat dapat siapkan puzzle..kadang-kadang tak sampai 15 minit!

Wah saya pening sebab saya ingat waktu kursus kat office yg ada agenda mengenai puzzle, ada yang ambik masa sampai 30 minit atau lebih.Ni pulak budak umur 4 tahun.

Bagus rupanya permainan puzzle sebab ia dah bantu kami tika waktu berbuka. Sedikit info yang saya dapat mengenai ‘kenakalan’ anak saya ini ialah :

  • Permainan yang mencabar akan mebuatkan kanak-kanak lebih kreatif dan berfikir bagaimana mahu menyelesaikan sesautu masalah.
  • Kanak-kanak jangan di perlekehkan keupayaan mereka kerana kanak-kanak kini lebih kehadapan.
  • Apabila kanak-kanak bermain, mereka mempunyai matlamat iaitu mendapat kepuasan dan secara tak langsung ia bagus untuk membina keyakinan diri.

Apa yang saya perhatikan selepas tu ialah, anak saya akan mula menyiapkan rangka puzzle terlebih dahulu. Rangka merupakan asas dalam menyiapkan puzzle. Tak boleh main susun aje :)

 

Bila puzzle dah di teraburkan, beliau  akan susun serakan puzzle mengikut warna supaya senang nak camkan kedudukan waktu menyusun. Selepas tu abrulah rangka di bina menyebabkan blok puzzle lebih mudah di siapkan.

Begitulah lebih kurang dan saya perhatikan memang puzzle akan siap dalam masa 15 minit sahaja. Lihatlah bagaimana kanak-kanak juga dapat berfikir seperti orang dewasa.

Jadi jangan hadkan kreativiti anak-anak anda. Birkan mereka bermain sambil ia membantu perkembangan otak kanak-kanak. Ye lah kalau asyik di suap dengan buku aje, tentulah mereka jemu. Kita pun macam tu jugak betul tak?

Selamat berjumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
5 Comments

Posted in Artikel

 

Tips membeli permainan bayi dan kanak-kanak

12 Oct

Salam ceria,

Semalam saya tak masuk office sebab pengasuh anak saya terpaksa ke kelantan kerana ada family matters. Jadi terpaksalah saya bercuti sehari. Cuti pun dah nak habis :)

Kelmarin saya ke masjid india untuk membeli tikar buluh yang dah lama saya tengok tapi tak ada masa nak belek kat kedai. Dah sempat pergi hari tu ( saya memang dah lama tak bershopping ) saya belilah 2 helai tikar buluh untuk ruang tamu saya.

Maklum la ramai pelanggan datang ke rumah saya dan carpet kat depan tu pulak nampak berhabuk jadi elok saya tukar aje alang alang dah ada kesempatan nak jalan-jalan .

Lagi satu..he he…husband saya masuk kat kedai cd yanga da jual cd bollywood..wa wa wa…ku tengok banyak cd Shahrukh Khan.Dah lama juga saya tak tengok cerita hindustan ni…saya pun peminat Shahrukh Khan ni.

Sambil belek-belek puas cari satu cd yang saya lupa tajuk ceritanya. Jalan ceritanya saya ingat tapi tajuk tak tau. Balik lah dengan tangan kosong. Nak jadikan cerita, malam tu lepas balik makan malam kat ampang point, ada lak cerita hindustan Shahrukh Khan. Wah ! Inilah cerita yang saya cari pagi tu. Tajuknya ” Pardes” .

Apa lagi dekat pukul 12 malam baru saya tidur. Tangkap leleh cerita ni .Tu la yang saya tak boleh tahan tu. Tak peduli la orang kata ” apa la tengok cerita hindustan tak ada kelas langsung ! “..Ooops saya tak peduli. Yang penting it can make me happy and I enjoy it.

Kata orang buat la apa saja yang menyeronokkan diri kita dari dengar apa yang orang lain kata asalkan tak menyalahi undang-undang :)

 

Okay apa yang saya nak beriathu kat sini sebenarnya bukanlah cerita pasal Shahrukh khan.Tapi masa pilih tIkar buluh tu saya terfikir agak tikar buluh ni bahaya tak pada anak kecik saya yang memang ligat ni.

Jadi samalah seperti membeli permainan kanak-kanak kita kena pastikan ia tak membahayakan pemakainya. Jika memilih untuk membeli permainan kanak-kanak pastikan :

  • Bentuk mainan tidak mempunyai bentuk yang tajam, mudah pecah ( seseparuh ada kaca ), rapuh
  • Mainan yang tak mempunyai toksik ( ada di tulis di label permainan selalunya ) sebab ia boleh menjejaskan kesihatan bayi terutama yang ada masalah kesihatan.
  • Tidak bertali untuk elakkan kanak-kanak atau bayi terjerut
  • Sesuai dengan usia bayi dan kanak-kanak. Jika masih bayi beli permainan yang besar, ringan dan lembut supaya mereka tak masukkan ke dalam mulut yang boleh buat tercekik.

Walaupn kadang-kala permainan itu selamat sewaktu bermain kita kena selia juga. Awasi mereka kerana kanak-kanak dan bayi sangat kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Jangan jadikan permainan yang menyeronokan menjadi sesuatu yang membahaya dan merugikan diri dan famili kita sendiri.

Itulah tips yang saya dapat kongsi sewaktu membelek-belk tikar buluh hari tu.

Okay time dah sampai untuk agenda seterusnya. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website