petua bahagia Posts

Kalau pasangan kita tengah marah, salah seorang kena diam.

Kata orang kalau hidup berumahtangga, kalau tak pernah berselisih faham tu kira bohonglah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri ……. macam lagu P. Ramlee & Saloma pulak :)

Kalau tak nak berpanjangan, ikut petua ni. Kalau salah seorang tengah marah yang lagi seorang kena diam! ( walaupun hati tengah menggelegak ni ). Itu petua bahagia yang paling asas.

Kalau dua-dua tengah marah macam api kena minyak la..semakin marak la jadinya. Kalau seorang diam, yang tengah marah jadi tak lama..bila dia cool barulah kita cakap apa yang tak kena. Barulah hidup aman bahagia.

Anda macammana?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in petua rumahtangga and tagged with ,

Suarakan apa yang kita mahu

Salah satu dari petua rumahtangga yang sering kita lupa ialah tidak mahu menyuarakan apa yang kita mahu.Akibatnya bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula la hari tu jadi angin taufan!

Ada isteri yang bermasam muka jika saat-saat penting seperti harijadi, anniversary atau sebagainya suaminya lupa nak bagi hadiah.

Berkerut-kerut la muka satu hari. Tapi kadang-kadang bila kita tanya balik rupa-rupanya suami kita lupa tarikh tu..hu hu hu..

Jadi macam mana nak elakkan masalah ni supaya bila sampai waktu birthday ke, kita dapat hadiah yang kita tunggu-tunggu.

Senang je..jangan pening kepala..tapi kurang thrill la sikit. Caranya beritahu je suami anda tarikh sekian-sekian ni, bithday anda. Dan bagi tau jika anda inginkan hadiah yang sangat anda tunggu ( kalau mahal, sound la awal-awal sikit ..he he ). Jadi bila sampai masa tak adalah nak masam muka.

Kadang-kadang kalau kita diam tak bagi tau dan hanya harap suami ingat memang tak boleh nak buat apa. Jangan la ingat dia boleh baca apa yang ada dalam fikiran kita. Dengan cara ni, tak ada la masam muka , merajuk dan yang bestnya kita dapat la hadiah hari tu.

Bagi suami yang romantik pulak, beruntung la badan kalau tak payah ingatkan dia dah set alarm dalam kepala.

Ini saja petua bahagia dari saya hari ini. Pendek je tapi ehem hmm…kita buat tak?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in petua rumahtangga and tagged with , ,

Berbaik-baik dengan mertua

Salam ceria,

Hari ni saya cuti.Kebetulan baby sitter saya apply cuti 2 hari dengan saya dan mak mertuaku ada di sini, saya ambil cuti . Seronoknya dapat duduk di rumah.

Kalau mak mertua saya ada memang kenyanglah perut anak-anak saya sebab atuknya ni ( belah utara atuk ni kira macam nenek la ) suka buat macam-macam..ada pulut kacau la, lepat la…saya pun tumpang sekaki. Memang time cuti sekolah ni rumah saya memang jadi port saudara mare :)

Tak kisah lah janji rumah ni meriah dengan saudara mara dan ipar duai. Kalau rumah sunyi je tak de saudara mara datang, risau gak.he..he..he…takut ada apa yang tak kena.

Saya ni bertuah sebab mak mertua saya ni jenis yang relax..tak banyak soal…Kadang tu bila baca cerita orang yang tak ngan dengan mertua ni rasa kesian juga. Lebih-lebih lagi kalau bukan menantu pilihan.

Macam-macam, nasib la saya tak macam tu. Kata orang kalau nak hidup bahagia , salah satu petua yang kita kena praktikan ialah  mesti berbaik-baik dengan mertua.

Teringat saya dalam majalah ada cerita pasal cara nak pikat hati mertua. Saya share kat sini ye..Mana tau kita boleh praktikkan nanti :

1. Selalu tanya khabar pada mertua. Kesannya mertua akan rasa kita ni mengambil berat tentang kehidupannya. Caranya talipon la dalam 2 minggu sekali ke.

Jadi kalau kita selalu talipon 2 minggu sekali, bila kita tak talipon, mertua kita akan tertanya-tanya mana ‘menantu kesayangan’ nya ni tak talipon-talipon…kira dah ‘ overdue ‘ dah tu..he he :)

2. Bila balik kampung atau berkunjung ke rumahnya, duduk la berbual kosong. Boleh la mertua kita tu curahkan apa yang dia tengah alami. Kira cara ni..mertua anggap kita ni boleh di buat kawan..Bertuah anak dia ! :)

Tapi yang ni ada syarat-syaratnya. Jangan tambah kalau ada part yang bercerita pasal hal orang lain..’ buat ketupat’…bila ada , cepat-cepat corner sikit topik.Pandai-pandai le cover line.

3.Cuba belajar masak satu resepi istimewa. Petua yang ni best! Contohnya, buat satu resepi kira 5 bintangnya resepi. Bila balik kampung anda masak dan jamu ipar duai dengan resepi istimewa ni. Make sure memang best le ;) . So bila setiap kali balik kampung, semua ipar duai akan tertungu-tunggu resepi istimewa anda…kira ok la tu.

4.Tanya je apa-apa resepi ke, petua ke yang konon-konon kita tak tahu tapi sebenarnya saja nak tunjuk yg kita ni nak belajar dengan dia. Mesti beria-ria dia nak ajar kita.

4 petua ni aje yang saya ingat. Nanti kalau ada lagi saya bincangkan lagi. Ni mertua saya kejap lagi nak buat pulut kacau..malam ni boleh jamu selera. Saya tak pandai buat pulut kacau ni..makan tau la !

So hari ni, takat ini aje..karang lama-lama depan laptop ni , apa lak mertua saya ingat. Tapi dia tau saya berniaga barang bersalin ni, sambil bercerita masa dia dalam pantang dulu…kira bab cerita kosong la ni.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel, petua rumahtangga and tagged with ,

Petua rumahtangga bahagia dari Ustazah Nor Bahyah….Berselisih faham, siapa kena mintak maaf dulu

Pagi tadi sewaktu membaca akhbar Utusan Malaysia, saya terbaca berita pemergian Allahyarham Zubir Ali yang saya minati. Lagu beliau, Penantian yang sangat popular suatu waktu dahulu sangat saya gemari. Berita tersebut menyebabkan saya rasa sebak. Semuga roh beliau di cucuri rahmat.Alfatihah..

Bila teringat lagu penantian tu, saya ingin pula mengulas mengenai sikap pasangan suami isteri yang enggan mengalah selepas berselisih faham. Ramai yang menunggu biar pasangan mereka yang mintak maaf dulu dan mereka menanti..menanti dan menanti…..Macam lagu penantian juga :)

 

Menurut Ustazah Bahyah dalam buku beliau yang saya baca, apabila kita berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf dulu.

Cara paling baik ialah, tak kira siap pun yang bersalah dalam hal tersebut, katakan saja pada pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.

Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras masa berbalah tadi.

Jadi jangan tunggu lama-lama dan ikuti saranan ustazah Bahyah ni ya setiap kali kita ni naik angin ;)

 

Kadang-kadang pening kepala dengan kerenah lelaki ni,

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Pentingkah wang untuk kebahagiaan rumatangga?

Ada orang mengatakan wang tidak penting untuk kebahagiaan. Yang penting adalah kasih sayang.

Ada juga yang mengatakan tanpa wang, hidup pasti tidak bahagia.

Jadi sebenarnya adakah wang penting dalam kehidupan rumahtangga? Bolehkah anda hidup tanpa wang? Bolehkah juga rumahtangga kekal bahagia dengan kasihsayang sahaja?

Saya sengaja mengutarakan isu wang dalam rumahtangga kali ini. Ia sebenarnya masalah yang sering terjadi dalam setiap rumahtangga lebih-lebih lagi di waktu kemelesatn ekonomi.

Teringat saya cerita Ibu Mertuaku arahan Allahyarham P.Ramlee yang saya anggap cerita paling best!

 Banyak pengajaran dari cerita ini.Antaranya  yang boleh saya ringkaskan :

1.Jangan anggap wang tidak penting kerana ia boleh menggoncang kebahagiaan rumahtangga.Tidak kira isteri bekerja atau tidak , tanggung jawab memberi nafkah mesti di tunaikan.

2.Setiap suami mesti sentiasa memperbaiki kehidupan rumahtangga lebih-lebih lagi apabila tanggung jawab mereka bertambah dengan adanya cahaya mata.

3.Apabila memilih pasangan, salah satu kriteria yang amat penting ialah pasangan yang mampu menyediakan keperluan asas.

4.Apabila sudah sain kontrak ;) jangan menyesal dengan apa yang anda pilih kerana anda mempunyai akal fikiran sebelum membuat satu perjanjian…kata orang kira ‘sain mati’ :)

Apabila kita membuat pilihan, pilihlah yang terbaik. Jangan hanya memilih atas dasar cinta kerana tanpa wang lambat laun  kasih sayang pudar. Dan jangan juga hanya kerana wang kerana ia tidak akan kekal lama.

Pada saya pilihlah jika ada kedua-duanya sekali.

Siapa kata wang tak penting? Pentingggggg….

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Kes penceraian Roslin Hashim…kenapa jadi begini ?

 

Pada Jumaat lepas ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada membaca tentang kes penceraian pemian badminton negara, Roslin Hasyim.

Membaca apa yang di laporkan oleh akhbar menyebabkan saya menggelengkan kepala.

Menurut Roslin, walaupun beliau tidak mahu menyatakan sebab sebenar tetapi dalam pada itu Roslin mengatakan yang beliau tidak di layan sebagai seorang suami.

Malah walaupun beliau telah memberikan peluang kepada bekas isterinya selama seminggu , tetapi tiada perubahan berlaku.

Akhirnya Roslin mengambil keputusan untuk berpisah setelah berkahwin selama tak sampai sebulan.

Kenapa jadi begini? Mungkin Roslin ada sebabnya tersendiri tetapi pada pandangan peribadi saya…kes seperti ini tidak seharusnya berlaku.

 Sekarang semacam menjadi trend( selebriti la sebab mereka ni orang kenal ) bercinta 10 tahun, kahwin 9 hari. Kahwin sebulan lepas tu bercerai.Nampak seperti berumahtangga itu seperti perkara main-main.

Pada pendapat saya, kita sebenarnya belum lagi mengenali pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah dengannya. Masa itulah bari kita boleh tahu apa sikap dan sifat sebenar, buruk dan baik perangainya. Itulah sebabnya kita perlu sikap bertolak ansur.

Memang akan ada perkara yang kita tidak suka pada pasangan kita tetapi anggaplah bahawa ada juga sikap kita yang tidak di senangi oleh pasangan . Jadi adjustlah . Orang yang pendiam selalu dapat pasangan yang kuat berceloteh begitulah juga sebaliknya.

Sebab itulah jika saya membaca akhbar dan interview artis yang mengatakan mereka telah mengenali pasangan mereka  dan rasa bahagia tapi belum duduk serumah saya selalu tersenyum.

Jadi salah satu dari petua untuk hidup bahagia dalam rumahtangga ialah dapat bertolak ansur dan menganggap pasangan anda adalah yang terbaik buat diri anda sendiri. Kita sendiri yang memilih dan kita sendiri yang mencorakkan rumahtangga kita.

Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari kes ini.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , ,

127.0.0.1