Posts tagged: Petua Penjagaan Bayi

Apa perlu di lakukan jika bayi anda ceret-beret?

Masalah ceret-beret selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab.Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .

Akibatnya bayi anda mungkin mengalami ceret-beret yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain dari itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet.

Apa yang anda perlu lakukan.Selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lenih ‘lembut’ dengan perut bayi.

Selain  dari itu, tukar selalu lampin bayi atau bertukar pada lampin kain . Ia lebih baik kerana bayi lebih selesa dan tidak merengsa kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.

Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.

Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya  alirkan air bersih dan lap .

Itu yang saya lakukan ketika anak saya masih kecil setiap kali mereka ceret-beret.

Petua mengurangkan selsema pada bayi

Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.

Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas.Saya kurang pasti sebab tak pernah pula keadaan menjadi seperti begitu. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh di amalkan selalu.

Jadi hari ini saya siarkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. Cubalah mana tau ada yang serasi dengan bayi anda :

1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit - Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Selamat Mencuba,

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes