petua rumahtangga bahagia Posts

7 P yang mesti ada jika ingin di cintai suami

Dah lama saya nak tulis pasal 7 p ni tapi selalu saja tersangkut..7 P ni merupakan petua rumahtangga bahagia yang amat di sarankan pada kesemua wanita yang bergelar isteri.

Jadi hari ni saya nak tulis terus sebelum tersangkut lagi.. Petua 7 P ni saya ambil dari ulasan yang di buat oleh Ustazah Nor Bahyah.

Katanya jika nak diri kita di sayangi suami atau menjadi isteri yang baik, kita mesti ada 7 P berikut :

1.Penyeri

2.Pelengkap

3.Penghibur

4.Pendamai

5.Penasihat

6.Pembantu setia

7.Pengasih dan penyayang

Apa maknanya tu? Maksudnya sebagai seorang isteri kita mestilah menjaga kecantikan diri, mengemas rumah terutama bilik tidur supaya sentiasa kelihatan berseri.

Kita juga mesti setia menemani suami, tidak membantah dan tidak menjatuhkan air muka suami kita. Jadilah pasangan yang sentiasa menemani suami ketika senang dan susah.

Anda bagaimana? Boleh praktikkan?

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Pentingnya penampilan diri seorang wanita.

Salam ceria,

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja saya sempat mendengar celoteh Aznil dgn Din Beramboi kat radio..radio apa tak sure…pasal penampilan diri.

Salah seorang pemanggil di ruangan tersebut memberikan sedikit pengalaman beliau yang tidak memperdulikan penampilannya suatu waktu dulu. Akibat dari kecuaiannya, suaminya juga meninggalkannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hmmm…mesej dari pemanggil tersebut ialah jangan kita ambil mudah dengan penampilan diri kita. Tak kiralah samada kita sedang mengandung ke ( ada orang yang tak kisah..sebab katanya pembawakan budak..saya pun tak sure ..) atau tidak supaya kelihatan kemas dan tidak berserabut.

Jangankan pasangan kita je yang tak selera nak tengok, cermin kat rumah pun kalau boleh bercakap mesti dia akan jerit kat kita suruh ubah imej kita.

Jadi jangan abaikan tips dan petua ni kalau nak rumahtangga kita aman ,damai, bahagia dan kesemua tu lah. Bukanlah kalau tak jaga akibatnya suami akan lari tapi ia kan jadi salah satu penyebab kenapa mereka mula beralih angin.

Apa pendapat anda pula?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Petua rumahtangga bahagia dari Ustazah Nor Bahyah….Berselisih faham, siapa kena mintak maaf dulu

Pagi tadi sewaktu membaca akhbar Utusan Malaysia, saya terbaca berita pemergian Allahyarham Zubir Ali yang saya minati. Lagu beliau, Penantian yang sangat popular suatu waktu dahulu sangat saya gemari. Berita tersebut menyebabkan saya rasa sebak. Semuga roh beliau di cucuri rahmat.Alfatihah..

Bila teringat lagu penantian tu, saya ingin pula mengulas mengenai sikap pasangan suami isteri yang enggan mengalah selepas berselisih faham. Ramai yang menunggu biar pasangan mereka yang mintak maaf dulu dan mereka menanti..menanti dan menanti…..Macam lagu penantian juga :)

 

Menurut Ustazah Bahyah dalam buku beliau yang saya baca, apabila kita berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf dulu.

Cara paling baik ialah, tak kira siap pun yang bersalah dalam hal tersebut, katakan saja pada pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.

Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras masa berbalah tadi.

Jadi jangan tunggu lama-lama dan ikuti saranan ustazah Bahyah ni ya setiap kali kita ni naik angin ;)

 

Kadang-kadang pening kepala dengan kerenah lelaki ni,

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Pentingkah wang untuk kebahagiaan rumatangga?

Ada orang mengatakan wang tidak penting untuk kebahagiaan. Yang penting adalah kasih sayang.

Ada juga yang mengatakan tanpa wang, hidup pasti tidak bahagia.

Jadi sebenarnya adakah wang penting dalam kehidupan rumahtangga? Bolehkah anda hidup tanpa wang? Bolehkah juga rumahtangga kekal bahagia dengan kasihsayang sahaja?

Saya sengaja mengutarakan isu wang dalam rumahtangga kali ini. Ia sebenarnya masalah yang sering terjadi dalam setiap rumahtangga lebih-lebih lagi di waktu kemelesatn ekonomi.

Teringat saya cerita Ibu Mertuaku arahan Allahyarham P.Ramlee yang saya anggap cerita paling best!

 Banyak pengajaran dari cerita ini.Antaranya  yang boleh saya ringkaskan :

1.Jangan anggap wang tidak penting kerana ia boleh menggoncang kebahagiaan rumahtangga.Tidak kira isteri bekerja atau tidak , tanggung jawab memberi nafkah mesti di tunaikan.

2.Setiap suami mesti sentiasa memperbaiki kehidupan rumahtangga lebih-lebih lagi apabila tanggung jawab mereka bertambah dengan adanya cahaya mata.

3.Apabila memilih pasangan, salah satu kriteria yang amat penting ialah pasangan yang mampu menyediakan keperluan asas.

4.Apabila sudah sain kontrak ;) jangan menyesal dengan apa yang anda pilih kerana anda mempunyai akal fikiran sebelum membuat satu perjanjian…kata orang kira ‘sain mati’ :)

Apabila kita membuat pilihan, pilihlah yang terbaik. Jangan hanya memilih atas dasar cinta kerana tanpa wang lambat laun  kasih sayang pudar. Dan jangan juga hanya kerana wang kerana ia tidak akan kekal lama.

Pada saya pilihlah jika ada kedua-duanya sekali.

Siapa kata wang tak penting? Pentingggggg….

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Konflik rumahtangga….suami tidak membantu

 

Hellooooo……Panjang hello saya malam ni …faham-faham ajelah ramai yang dah dapat gaji…..

Terima kasih kepada semua pelanggan :)

Saya nak cerita sikit hari ni sebab malam ni tak ada mood nak tulis petua.

 Beberapa hari lepas saya ada baca buku cakar harimau yang di tulis oleh ustazah Nor Bahyah tu.Saja la bacakan tambah-tambah ilmu pengetahuan.

Ada satu bab yang menarik pasal bab bantu-membantu ni di kalangan pasangan yang telah berumahtangga.

Secara ringkasnya, salah satu konflik rumahtangga yang sering berlaku dari pihak suami.Mana-mana suami yang membantu tu kira terkecualilah..:0

Selalunya wanita atau isteri bekerja 24 jam sehari. Mula saja bangun pagi,siapkan semua perkara yang perlu di lakukan seperti menyediakan makanan untuk anak, membasuh baju, memasak, mengemas rumah.Bagi yang berkerja kelam kabut pulak bersiap takut terlewat.

Habis kerja kelam kabut lagi sekali dan petang ambil anak pula dari sekolah atau dari nursery. Selalunya si suami kesayangan akan bersandar di kerusi sambil baca newspaper.Tak semua tapi ramai..Lelaki jangan marah..ini kenyataan.

Mungkin ini terjadi di sebabkan asuhan dan didikan dari kecil…biasalah masyarakat melayu dah di biasakan sejak kecik macam tu. Tapi di zaman sekarang di mana isteri bekerja ringan-ringankan lah tulang. Bukan la susah sangat pun sebab sekarang ni zaman moden. Apa yang tak ada?

Nak basuh kain mesin ada, masak nasi rice cooker ada, cuci lantai pun bukan macam zaman oshin dulu..( ingat cerita jepun masa dulu-dulu ). Jika isteri telah bersusah payah berkerja untuk menambah pendapatan keluarga, maka ringan-ringankanlah tangan dan kaki untuk menolong.

Ni pun kira petua rumahtangga ni. Nak hidup bahagia kenalah saling bantu membantu..

Apa pendapat anda pula?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with ,

Kes penceraian Roslin Hashim…kenapa jadi begini ?

 

Pada Jumaat lepas ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada membaca tentang kes penceraian pemian badminton negara, Roslin Hasyim.

Membaca apa yang di laporkan oleh akhbar menyebabkan saya menggelengkan kepala.

Menurut Roslin, walaupun beliau tidak mahu menyatakan sebab sebenar tetapi dalam pada itu Roslin mengatakan yang beliau tidak di layan sebagai seorang suami.

Malah walaupun beliau telah memberikan peluang kepada bekas isterinya selama seminggu , tetapi tiada perubahan berlaku.

Akhirnya Roslin mengambil keputusan untuk berpisah setelah berkahwin selama tak sampai sebulan.

Kenapa jadi begini? Mungkin Roslin ada sebabnya tersendiri tetapi pada pandangan peribadi saya…kes seperti ini tidak seharusnya berlaku.

 Sekarang semacam menjadi trend( selebriti la sebab mereka ni orang kenal ) bercinta 10 tahun, kahwin 9 hari. Kahwin sebulan lepas tu bercerai.Nampak seperti berumahtangga itu seperti perkara main-main.

Pada pendapat saya, kita sebenarnya belum lagi mengenali pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah dengannya. Masa itulah bari kita boleh tahu apa sikap dan sifat sebenar, buruk dan baik perangainya. Itulah sebabnya kita perlu sikap bertolak ansur.

Memang akan ada perkara yang kita tidak suka pada pasangan kita tetapi anggaplah bahawa ada juga sikap kita yang tidak di senangi oleh pasangan . Jadi adjustlah . Orang yang pendiam selalu dapat pasangan yang kuat berceloteh begitulah juga sebaliknya.

Sebab itulah jika saya membaca akhbar dan interview artis yang mengatakan mereka telah mengenali pasangan mereka  dan rasa bahagia tapi belum duduk serumah saya selalu tersenyum.

Jadi salah satu dari petua untuk hidup bahagia dalam rumahtangga ialah dapat bertolak ansur dan menganggap pasangan anda adalah yang terbaik buat diri anda sendiri. Kita sendiri yang memilih dan kita sendiri yang mencorakkan rumahtangga kita.

Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari kes ini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , ,

Petua rumahtangga bahagia dari Doktor Fadzillah Kamsah

Salam ceria :) ,

Mulai minggu ini selaras dengan pra pelancaran laman web petuabahagia.com saya akan mula menulis tentang info dan petua-petua kesihatan, kecantikan , petua rumahtangga juga petua di dapur..he he … saya bukanlah orang yang rajin ke dapur  : ) .

 Oh ye..sedikit update tentang promosi pra-pelancaran petuabahagia.com. Tempahan special order dari pelanggan mysetbersalin.com telah pun penuh! Terima kasih atas sokongan pelanggan terdahulu. 

Promosi 10 pelanggan terawal masih lagi berjalan.Potongan harga 25 % di dalam Set Romantik masih lagi terbuka. Jangan ketinggalan .

 Kita terus ke post kali ini ye :) ,

Ini merupakan pertama kali saya menulis tentang isu atau petua rumahtangga. Semasa saya bertungkus lumus menyiapkan minisite terbaru saya salah satu cara yang saya lakukan ialah menonton video youtube Dr Fadzillah Kamsah.

Ketawa sorang-sorang saya mendengar celoteh Pakar Motivasi Nombor 1 ni. Yang menarik perhatian saya ialah apa yang di sarankan oleh beliau dalam memelihara keharmonian rumahtangga. Beliau kerap mengulang ayat bercintalah setiap hari dengan suami anda kerana cinta harus di pupuk tiap-tiap hari.

Apa maksudnya tu? Ha…maknanya janganlah hangat ketika anda masa mula-mula kenal saja dulu. Dah kahwin, dah ada anak mulalah buat-buat tak tahu aje.

Contoh yang beliau bagi sungguh menggelikan hati saya tapi penuh dengan pengajaran. Senang aje katanya kita selalu menegur orang jika berselisih di tengah jalan. Jadi apa kata kali ni kalau kita berselisih dengan suami kita dalam rumah..tegur beliau..

Ayat  Doktor Fadzilah lebih kurang begini ” Hai Cik Mat apa khabar?”

Atau kalau si suami berselisih dengan isteri dia tegur lah…” Hai Cik Kiah, lama tak nampak..mana pergi ?”

Bunyi agak kelakar tapi dengan bergurau senda dapat menceriakan rumahtangga . Kurang lah stress!

Jadi macammana? Nak praktikkan dari sekarang? Cuba-cubalah ye :) Nanti kita ulas lagi petua rumahtangga bahagia dari Doktor Fadzillah Kamsah ni. Ada 63 kesemuanya. Tunggu….

Kak Rahimah

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with ,

127.0.0.1