RSS
 

Posts Tagged ‘set bersalin’

Perbezaan antara set bersalin basic NR dengan set mom’s special

24 Feb

Tajuk atas nampak simple tapi saya masih menerima panggilan talipon dan sms dari pelanggan yang berminat untuk menempah set bersalin nr.

Jadi hari ni saya ingat nak buat satu short entri khas untuk menjawab soalan yang satu ni. Harapnya nanti tak ada la lagi soalan ni lepas ni ye :)

Okay, set basic Nr tu satu set ( satu kotak ) bersalin ajelah. betul-betul basic sebab tak ada bengkung , tak ada mandian aura dan tak ada tungku /tuam untuk baby. Dalam kotak set bersalin nr tu ada 6 barang tu aje. Barang yang ada kat dalam tu sama dengan apa yang ada dalam set mom’s special cuma untuk set mom’s special ada benda-benda lain cam bengkung semua tu.

Harga pulak macam mana? Saya rasa air asia ikut cara saya :) …perasan. Harga ikut promosi masa tu lah. Macam air asia jugaklah, ada tambang murah ada tambang mahal. Tapi saya tak mampulah nak bagi macam tony fernandes bagi sampai satu hala perjalanan RM 10 aje. Ada masa set bersalin basic saya offer RM 325, ada masa pulak RM 335. Yang penting harga set basic yang saya tawarkan jauh lebih rendah dari harga retail iaitu RM 365 .

Macammana pulak dengan kos penghantaran? Anda hanya bayar jumlah yang saya offer masa tu aje.Kalau masa tu RM 335, bayar banyak tu je .Kalau saya ada buat apa-apa perubahan cuba baca kat terma dan syarat-syarat…( tu penting bagi semua orang yang jual barang supaya pelanggan tak keliru ).

Rasanya saya dah explain semua berkenaan set basic nr dalam mysetbersalin.com.Kalau yang set mom’s special pulak apa-apa yang saya explain dalam web saya tu macam bengkung, mandian, tuam /tungku baby semua tu adalah sekali dengan set bersalin NR.

Short entri dah jadi entri panjang lebar. Hi hi..tak apelah…kalau ada yang masih tak faham boleh aje tanya saya semual.Oklah dah dekat pukul 7 pagi nak kena beransur dah ni.

Next time kita jumpa lagi.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Bolehkah penggunaan set bersalin di campurkan sewaktu dalam pantang

08 Feb

Hari ni saya sangat penat sehari suntuk di immigration. Dah hampir dekat giliran saya , ada seorang wanita di sebelah saya bagi tau yang dia ada terdengar yang untuk renew passport boleh di buat secara online.

Saya yang dengar terus terkedu sebab dah hampir 2 jam tunggu giliran tup-tup rupanya boleh renew online .Tak puas hati saya terus bertanya pada kaunter dan memang betul !. Kalau lah saya tahu dari awal , sumpah saya tak kan datang ambik nombor berderet panjang di cawangan wangsa maju.

Bayangkan hanya masuk website immigration , isi online form dan upload gambar passport terbaru. Bila dah bayar dengan kad kredit, akan keluar resit dan dengan resit tu kita boleh pergi ke immigaration untuk collect passport baru kita.Wah…pengajaran betul rasanya hari ni :(

Cukup saya merungut hari ni sebab banyak masa terbuang, saya nak komen sikit tentang banyak soalan sama yang saya dapat dari pelanggan/bakal pelanggan yang browse laman web saya. Salah satu soalan yang agak popular ialah ” boleh tak mereka mencapurkan penggunaan set bersalin nr dengan ubat-ubatan dari set bersalin jenama yang lain”.

Sebenarnya senang je jawapan soalan ni tapi sebab ramai sangat yang bertanya , so hari ni saya postkan aje satu entri pasal penggunaan produk yang bercampur.

Ok, setiap set herba yang terkandung di dalam set bersalin ada mengandungi preskripsi. Jika kita tengok pada label botol ubat kita boleh nampak berapa kandungan herba yang ada dalam setiap tablet ( contohnya ). Jadi jika telah di tetapkan sesuatu herba tu hanya boleh di ambil pada sekian miligram (mg ) setiap hari jadi jika kita mencampurkannya dengan ubat @ herba dari jenama yang lain..di takuti badan kita dah terlebih dos!

Bila dah terlebih dos, besar kemungkinan, akan berlaku side effect atau kesan sampingan. Bukan salah ubat di sini tapi salahnya cara penggunaan dari pelanggan sendiri. Saya bagi tau ni sebab ada pelanggan yang sudah membeli set bersalin jenama yang lain tapi teringin pulak nak cuba set nr.

Nasihat saya, jika dah beli set bersalin jenama lain..teruskan ajelah pakai set tu aje.Mungkin set tu serasi dengan badan kita jadi tak payahlah nak beli set yang lain..betul tak?

Lagi satu, selalunya saya nasihatkan pengguna supaya makan sejenis ubat/herba dulu dan baru di tukar pada jenama lain jika kurang berkesan. Ubat-ubatan penggunaan luar seperti minyak herba tak ada masalah sebab ia hanya di sapu pada badan.

Hopefully, semua persoalan tentang mencampurkan herba dari jenama lain hari ni dah pun terjawab :)

Saya berhenti di sini sebab mata dah mengantuk.Penat melayan immigration hari ni.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

E-Voucher Dalam setiap pembelain set bersalin NR

27 Jul

Assalamualaikum,

Pagi ni saya nak post satu entri yang agak penting juga sebab ramai juga yang kurang jelas dengan penggunaan e-voucher. Untuk setiap pembelian set bersalin NR seperti Pakej Mom’s Special, saya ada memberikan e-voucher untuk semua pelanggan .

E-Voucher merupakan satu ‘hadiah’ dari saya supaya saya dapat memberikan potongan harga bagi pelanggan yang ingin mendapatkan produk lain di mysetbersalin.com. Selain dari set bersalin, kebanyakan barangan keperluan semasa berpantang seperti tungku moden dan mandian merupakan produk yang sentiasa mendapat tempahan.

Oleh kerana itu dengan menggunakan e-voucher pelanggan yang telah menempah set bersalin NR dengan saya boleh menebus e-voucher tersebut untuk mendapatkan mandian aura contohnya pada harga diskaun.

Sebagai contoh , jika harga asal 3 pek mandian aura ialah RM 34.90 dan e-voucher yang pelanggan pula 10 %, anda kini dapat membeli 3 pek mandian tersebut pada harga RM 31.00 sahaja.Dan e-voucher tersebut boleh di tebus sekali semasa pembelian  set bersalin tersebut.Untuk setiap 3 pek tiada sebarang kos penghantaran di kenakan kerana ia masih muat saya masukkan dalam kotak .

Lagi satu, e-voucher tersebut valid dalam tempoh 30 hari selepas tempahan set bersalin di buat. Maknanya pelanggan mempunyai banyak masa untuk mendapatkan mandian aura tersebut asalkan  tidak melebihi 30 hari.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, E-Voucher TIDAK DI CETAK ( namanya pun e-voucher…). Ia merupakan voucher dalam bentuk digital. Setiap pembelain secara online saya boleh trace identiti pelanggan melalui email address. Saya beritahu di sini sebab ada pelanggan yang confuse kenapa mereka tak jumpa e-voucher dalam tempahan yang saya hantar.

Bagi pelanggan yan menempah secara offline ( online pun sama jugak ) boleh juga berikan saya no resit yang saya sertakan jika rasa ‘tak confident’ . Maklumlahkan kan kita ni dah biasa pegang kertas :)

Okay saya rasa itu sahaja untuk pagi ni. Saya harap penerangan saya ini adalah jelas. Oh ye, jika pelanggan yang telah mendapat diskaun e-voucher tu boleh memberikan diskaun tersebut pada rakan/famili jika tak menggunakannya.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Bagaimana cara mengambil phyto natal dalam set bersalin NR

24 Jul

Salam ceria,

Bagi pelanggan yang telah melanggan set bersalin NR dengan saya sebaik saya membuka tempahan saya ucapkan terima kasih dengan sokongan anda semua :) .

Hari tu saya menerima panggilan talipon dari seorang pelanggan yang bertanya mengenai cara pengambilan tablet phyto  natal. Saya rasa saya pernah buat satu entri sebelum ni mengenai pengambilan phyto natal tetapi saya kongsikan juga di sini untuk ‘refresh’.

Okay, semasa saya menggunakan set bersalin NR ( dulu di kenali sebagai set bersalin Nona Roguy ), saya pernah mengambil 2 tablet setiap hari. Satu tablet pagi dan satu tablet di sebelah malam. Bagaimana pun saya rasa gesaan ke bilik agak kerap jadi saya adjust dos yang saya ambil . Saya tukar kepada sebiji saje sehari dan alhamdulillah saya tetap lawas dan regular.

 

Jika dengan 1 biji sahaja kita dah lawas dan tiada rasa gesaan yang terlalu kerap, saya cadangkan teruskan saja dos yang sama. Kecuali anda rasa kurang lawas dan ingin menambah dos , tiada masalah jika anda rasa selesa dengan menambah dos kepada sebiji lagi sehari. Ada juga pelanggan saya yang alternate dengan akar herbanika selang sehari. Terpulang sebab tablet NR sangat fleksibel.

Saya lebih suka tidur saja di sebelah malam sebab itu saya ambil tablet di sebelah pagi sahaja. Maklum la siang dah penat jaga anak…malam nak rehat pulak ( itu pun kalau budak tak meragam buat perangai batman malam-malam )

Lagi satu yang sangat penting ialah jika bayi anda terkena demam kuning atau ‘jaundice’ ( ramai keliru kalau ambik jamu mesti kena demam kuning sedangkan tak ambik jamu pun baby memang senang kena kuning). Mana-mana set bersalin atau jamu yang anda ambil hentikan dulu untuk sementara waktu supaya pemulihan demam kuning tadi bertindak dengan lebih cepat.

Di dalam blog ini saya ada beberapa post mengenai demam kuning atau jaundice yang anda boleh rujuk semula. Saya harap saya telah dapat menjawab pertanyaan mengenai phyto natal yang sering di tanya.

Kita jumpa lagi di post akan datang

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Mysetbersalin.com menerima bayaran melalui kad kredit sekarang !

22 Jul

Salam ceria ,

Sedikit pengumuman untuk saya beritahu kepada semua pelanggan mysetbersalin.com.Atas permintaan pelanggan , saya  kini menerima tempahan melalui kad kredit . Ada page yang telah saya update  dan ada yang masih dalam proses kemas kini.

Saya harap para pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan cara pembayaran selain dari internet banking. Matawang yang di terima ialah Ringgit Malaysia.

Sebelum ini saya hanya menerima bayaran melalui kad kredit untuk tempahan set bersalin sahaja. Bagaimanapaun ramai pelanggan yang meminta saya penggunaan kad kredit untuk produk lain kerana mereka mahu merebut promosi yang saya adakan dalam tempoh-tempoh tertentu.

Bagi para pelanggan Brunei dan Singapura, bayaran melalui kad kredit juga boleh di lakukan tetapi hanya setelah saya create invoice terlebih dahulu di paypal.Ini untuk memastikan kos shipping yang perlu di tentukan terlebih dahulu.

Saya harap dengan pengumuman ini para pelanggan akan lebih happy dan saya ucapkan Selamat bershopping

P/S Saya sedang berpantang seminggu sekarang :(   pantang biasa-biasa aje untuk jaga kecatikan & kesihatan :)

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
 
Bulk Email Sender