set nr Posts

Bagaimana cara mengambil phyto natal dalam set bersalin NR

Salam ceria,

Bagi pelanggan yang telah melanggan set bersalin NR dengan saya sebaik saya membuka tempahan saya ucapkan terima kasih dengan sokongan anda semua :) .

Hari tu saya menerima panggilan talipon dari seorang pelanggan yang bertanya mengenai cara pengambilan tablet phyto  natal. Saya rasa saya pernah buat satu entri sebelum ni mengenai pengambilan phyto natal tetapi saya kongsikan juga di sini untuk ‘refresh’.

Okay, semasa saya menggunakan set bersalin NR ( dulu di kenali sebagai set bersalin Nona Roguy ), saya pernah mengambil 2 tablet setiap hari. Satu tablet pagi dan satu tablet di sebelah malam. Bagaimana pun saya rasa gesaan ke bilik agak kerap jadi saya adjust dos yang saya ambil . Saya tukar kepada sebiji saje sehari dan alhamdulillah saya tetap lawas dan regular.

 

Jika dengan 1 biji sahaja kita dah lawas dan tiada rasa gesaan yang terlalu kerap, saya cadangkan teruskan saja dos yang sama. Kecuali anda rasa kurang lawas dan ingin menambah dos , tiada masalah jika anda rasa selesa dengan menambah dos kepada sebiji lagi sehari. Ada juga pelanggan saya yang alternate dengan akar herbanika selang sehari. Terpulang sebab tablet NR sangat fleksibel.

Saya lebih suka tidur saja di sebelah malam sebab itu saya ambil tablet di sebelah pagi sahaja. Maklum la siang dah penat jaga anak…malam nak rehat pulak ( itu pun kalau budak tak meragam buat perangai batman malam-malam )

Lagi satu yang sangat penting ialah jika bayi anda terkena demam kuning atau ‘jaundice’ ( ramai keliru kalau ambik jamu mesti kena demam kuning sedangkan tak ambik jamu pun baby memang senang kena kuning). Mana-mana set bersalin atau jamu yang anda ambil hentikan dulu untuk sementara waktu supaya pemulihan demam kuning tadi bertindak dengan lebih cepat.

Di dalam blog ini saya ada beberapa post mengenai demam kuning atau jaundice yang anda boleh rujuk semula. Saya harap saya telah dapat menjawab pertanyaan mengenai phyto natal yang sering di tanya.

Kita jumpa lagi di post akan datang

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Mysetbersalin.com menerima bayaran melalui kad kredit sekarang !

Salam ceria ,

Sedikit pengumuman untuk saya beritahu kepada semua pelanggan mysetbersalin.com.Atas permintaan pelanggan , saya  kini menerima tempahan melalui kad kredit . Ada page yang telah saya update  dan ada yang masih dalam proses kemas kini.

Saya harap para pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan cara pembayaran selain dari internet banking. Matawang yang di terima ialah Ringgit Malaysia.

Sebelum ini saya hanya menerima bayaran melalui kad kredit untuk tempahan set bersalin sahaja. Bagaimanapaun ramai pelanggan yang meminta saya penggunaan kad kredit untuk produk lain kerana mereka mahu merebut promosi yang saya adakan dalam tempoh-tempoh tertentu.

Bagi para pelanggan Brunei dan Singapura, bayaran melalui kad kredit juga boleh di lakukan tetapi hanya setelah saya create invoice terlebih dahulu di paypal.Ini untuk memastikan kos shipping yang perlu di tentukan terlebih dahulu.

Saya harap dengan pengumuman ini para pelanggan akan lebih happy dan saya ucapkan Selamat bershopping

P/S Saya sedang berpantang seminggu sekarang :(   pantang biasa-biasa aje untuk jaga kecatikan & kesihatan :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Pengumuman and tagged with , ,

Minyak mustajab untuk ibu dan bayi.

Assalamualaikum,

Lama saya tak update blog ni sebab asyik dengan kerja lain. Bila nak update baru perasan puasa dah seminggu tapi blog ni puasa dekat 3 minggu. What happen to me :)

 Baiklah minggu lepas ada seorang pelanggan yang bertanyakan tentang barang-barang nona roguy selain dari set bersalin. Memandangkan web saya lebih fokus pada set bersalin maka saya rasa di blog ni saya akn cuba buat sedikit penerangan mengenai barang barang penjagaan diri nona roguy pula.

Sebelum tu ingin saya nak bagi tahu yang ada item di dalam set nr yang di jual secara loose. Post kali ni saya akan tulis sedikit mengenai minyak mustajab. Minyak mustajab merupakan salah satu produk NR yang selalu mendapat tempahan sekli dengan set bersalin.

Yang ni gambar botol lama

 

Yang lagi satu ni packaging baru

Minyak ni botolnya warna putih dan ungu .Warna pada botol lama pada sesiapa yang biasa guna warna ungu sahaja. Kegunaan minyak ni banyak. Selain dari boleh di sapu pada perut bayi untuk mengelakkan kembung ia juga berfungsi untuk mempercepatkan luka jahitan sembuh.

Jika kita mengalami jahitan atau stitches sewaktu bersalin minyak ni boleh di titiskan pada luka atau di sapu pada tempat jahitan. He he..ada yang tanya tak panas atau pedih ke? Tidak. Rasa sejuk, berangin dan ngilu-ngilu kesan jahitan akan berkurangan.

Alhamdulillah sewaktu saya menggunkan minyak ni dulu, luka jahitan cepat sembuh. Tak silap saya dalam 5 ke 7 hari luka saya dah okay dan rasa lega sangat berbanding dengan pengalaman sewaktu anak pertama dan kedua.

Jadi saya sangat cadangkan pelanggan untuk memiliki minyak mustajab ni sebagai minyak untuk bayi dan juga kegunaan ibu dalam pantang. Jika bercadang nak dapatkan minyak ni  boleh klik kat sini  utk tempahan. Lihat kod produk item nombor 1 dan 2.

Harga bukan ahli RM 33 dan harga ahli pula RM 27 bagi 130 ml.  He he saya baru perasan tajuk post kali ni macam iklan ubat batuk cap ibu dan anak ( yang ada gambar wayang kulit tu ..hu hu )

Itu sahaja untuk kali ni dan insyaallah saya akan sambung dengan produk yang lain pula pada post akan datang.

Selamat berpuasa !

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts


127.0.0.1