Saya sebenarnya tak ada mood nak tulis apa-apa hari ni tapi teringat pulak pasal satu perkara tentang anak saya yang kecik ni,
Bulan lepas semasa hari jadi anak saya yang sulong, anak saya yang ke tiga ada membelikan abangnya hadiah hari jadi. Apa hadiahnya? Anak patung yang boleh berjalan dan berbunyi seperti hantu .
Huh…kalau malam-malam dengar macam tu saya pun takut. Sebelum ni pun saya pernah tengok juga anak saya yang ke tiga dulutakut dengan topeng hantu.
Saya tahu benda-benda ni nak buat gurauan saje tapi kadangkala ia boleh menyusahkan kita juga.Saya tak bagi sangat anak saya mainkan anak patung tu sebab saya yang susah lepas tu.
Pada pendapat saya kanak-kanak akan teringat dan menyangka ia benar-benar berhantu. Bila terjadi seperti ni, perasaan takut akan menajdi lebih tinggi. Jika kita tidak menakut-nakutkan seorang kanak-kanak, mereka akan jadi lebih berani.
Kalau mereka takut, duduk dalam bilik seorang diri pun jadi tak berani. Kita pun pulak lepas tu asyik nak kena teman..nak pergi bilik air pun kena teman padahal dalam rumah sendiri!
Jadi saya bagi tahu pada anak saya jangan keluarkan anak patung tu lagi sebab kesian tengok muka si kecik ketakutan( dia ni degil).Saya nak anak saya jadi orang yang berani.
Ada seseparuh kanak-kanak akan jadi fobia atau takut yang terlampau dan perlu mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana perasaan mereka terganggu menyebabkan mereka berubah tingkah laku.
Jika ikutkan saya, benda yang tak bermanafaat ni elok jangan di beli langsung.


Kuala Lumpur Time
