Salam ceria,
Dah lama saya nak tulis posting ni tapi asyik tertangguh je sebab line maxis saya ni teruk minggu ni. Letih tangan dan mata sampai kadang-kadang tertidur depan laptop.
Sebenarnya saya banyak menerima panggilan talipon dari pembaca blog dan majalah Pa & Ma yang bertanyakan tentang produk terbaru di laman web saya iaitu tungku moden.
Oleh kerana saya hanya meletakkan gambar sahaja tanpa product description ( sebab saya belum ada masa nak buat launching ), ramai yang bertanyakan bagaimana menggunakan tungku moden ni dan apa kelebihannya berbanding tungku batu.
Tidak saya nafikan yang tungku batu memang amat murah dan menjimatkan. Saya sendiri pun dulu pakai tungku batu aje sebab masa tu tak ada tungku moden ni ( mungkin dah ada cuma saya yang tak tahu kot
)
Cuma dalam keadaan di mana kita tiada pembantu atau semuanya terpaksa di urus endiri, tungku moden lebih praktikal.
Jika tungku batu, kita kena panaskan dengan bakar batu sungai tersebut pada api dalam 10-15 minit. Selepas tu, perlu di sejukkan sekejap kalau tak terbakar pulak kain yang nak balut batu tu. Dan sebelum di balut, kita kena lapik dengan daun mengkudu atau daun yang sekutu dengannya
Bila tahap panas tungku boleh di terima badan, barulah batu di tuam pada bahagian badan. Jika anak tak meragam alhamdulillah tapi jika masa tu anak merengek atau tak nak tidur, memang leceh sekali.
Tungku moden adalah alternatif pada tungku batu. Caranya amat mudah, hanya sambungkan charger pada plug dan dalam masa 5 minit, tungku siap untuk di pakai. Jadi tak adalah masalah remeh nak menyediakan tungku seperti biasa.
Tungku batu sering di gunakan sebab dulu-dulu mana ada tungku letrik ni. Jadi bila dunia bertambah moden, pilihlah yang boleh di aplikasikan dengan praktikal.
Tujuan bertungku sebenarnya adalah untuk memecahkan darah kotor yang terkumpul supaya tidak menjadi racun. Ia juga bertujuan mengembalikan peranakan ke bentuk dan posisi asal selain memulihkan urat saraf dan otot yang mengembang sewaktu mengandung.
Adlah di percayai bahawa wanita yang tidak bertungku sewaktu lepas bersalin mudah terkena penyakit gila merian yang sangat bahaya jika tidak di rawat dengan betul.
Sokongan suami serta keluarga adalah amat penting untuk memastikan ibu yang baru bersalin tidak rasa tertekan dan terbeban dengan proses berpantang yang lama dan remeh.
Jadi tak kira anda menggunakan kaedah tradisi atau cara moden, yang penting anda tetap melakukan kaedah bertungku sewaktu berpantang.
Saya rasa cukup untuk kali ini dulu tentang tungku moden ni. Nanti kita sambung lagi sebab saya rasa ngantuk sangat.
Kak Rahimah







