Saya rasa sangat mengantuk malam tadi tapi seronok pula dengar ceramah Ustaz Kazim Elias yang kelakar. Rugi pulak nak tutup youtube bila ada ceramah yang lucu macam ni.Petang tadi saya tengok stok tungku letrik saya dah tinggal beberapa unit saja lagi.
Alhamdulillah sejak saya mendapatka khidmat supplier tungku letrik sekarang( dah lama juga) amat jarang sekali tungku letrik ni rosak.Dulu ada juga tungku rosak dan tidak berfungsi dengan baik dan perlu saya ganti pada customer.
Pakej tungku letrik di mysetbersalin.com juga sentiasa dapat sambutan. Mungkin pakej yang saya tawarkan agak berlainan kerana saya lebih suka seseorang pelanggan mendapat pelbagai produk dalam satu pembelian.
Kalau pakej Tungku letrik Premium selain tungku letrik anda juga akan mendapat produk lain seperti tungku bayi, mandian aura, beg tungku, sehelai bedung bayi dan 2 helai barut bayi.Itu pakej yang terkini ye..lain bulan lain pulak promo saya ye
Ada yang bertanya kepada saya elok ke tungku letrik ni? Pada saya ia bergantung kepada sejauh mana diri kita sendiri mahu lakukan proses bertungku. Jika anda tanya saya , akan saya katakan sepanjang waktu berpantang saya akan bertungku di waktu pagi dan petang 2 kali sehari.
Proses bertungku saya juga agak lama sebab saya akan bertungku seluruh badan. Bukan hanya di kawasan perut dan peranakan.Bagaimanapun waktu saya dulu tak ada tungku letrik lagi.
Jadi terpaksalah guna tungku batu yang perlu di panaskan dalam 20 minit terlebih dahulu.
Jadi dengan ada tungku letrik ni pada saya amat memudahkan proses bertungku. Panaskan dalam 5 minit dan tungku ni akan dapat bertahan antara 1 jam dan anda boleh bertungku dengan secukupnya.Mudahkan?
Jadi kalau anda rasa anda tiada pembantu sewaktu berpantang tetapi mahu berpantang seperti biasa, saya sangatlah galakkan penggunaan tungku letrik ni. Kalau dah biasa guna tungku batu pun tak ada masalah cuma ia ambik masa sikitlah dan gas pun cepat habis
Oklah saya pun ada banyak kerja nak buat sebab ada projek lain menanti.Kita jumpa lain kali







Kuala Lumpur Time
