Salam ceria,
Lamanya saya tak update blog ni. Pagi ni saya nak berkongsi sedikit tentang masalah keracunan yang kadang-kadang berlaku pada kanak-kanak.
Selalunya masalah keracunan ni berlaku sewaktu kanak-kanak berada di rumah dan ada ibu-bapa yang cuai kerana meletakkan bahan beracun di kawasan yang kurang selamat untuk kanak-kanak. Sifat kanak-kanak memang ingin tahu apa yang boleh dia dapat dan lakukan dengan sesuatu benda yang pelik atau baru.
Biasanya sumber-sumber yang mengandungi bahan beracun yang mudah di dapati di rumah ialah :
1. Bahan penyembur rumput
2.Racun serangga atau rumpai ( tak kira luar atau dalam rumah seperti Ridsect, Sheltox ke )
3.Minyak tanah ( sangat bahaya jika di isi di dalam botol atau bekas minuman seperti bekas minuman bergas )
4.Ubat-ubat yang kelihatan terutama sekali kelihatan seperti gula-gula
Apa yang perlu di lakukan jika berlaku masalah seperti ini. Pastikan anda mengambil tindakan pantas seperti :
Jika berlaku pada mata
1. Jika terkena mata, cuci dengan air yang mengalir selama lebih kurang 5 minit dengan keadaan mata terbuka. Jangan gosok mata anak anda supaya keadaan tidak bertambah buruk.
2.Jika terkena kulit ,cuci dengan air mengalir. Tanggalkan pakaian anak anda supaya bahan yang mengandungi racun tidak terus melekat pada kulit .
3. Jika terhidu bahan bergas,buka tingkap dan supaya anak anda mendapat udara segar.Longgarkan atau buka baju anda anda supaya mereka lebih selesa.
4. Jika tertelan racun, bersihkan mulut anak anda dan keluarkan bahan beracun jika masih ada dalam ekdaan anak anda berbaring dengan keadaan mengiring.
5. Dalam semua keadaan, segera membawa anak anda ke hospital yang berdekatan dengan membawa bahan beracun tersebut supaya pihak hospital dapat mengenal pasti tindakan yang pantas untuk menyelamatkan anak anda .
Tindakan pencegahan
1. Simpan ubat berbentuk makanan di tenpat yang lebih tinggi.
2. Jangan simpan ubat dalam bekas gula-gula yang menarik perhatian kanak-kanak.
3.Jangan biarakan bekas yang mengandungi bahan beracun di kawasan yang boleh di lihat oleh kanak-kanak. Jika perlu letak di kawasan stor yang di kunci.
4.Ubat yang telah habis tempoh perlu di buang.
5.Didik anak anda supaya mencuci tangan selalu setiap kali terkena kotoran adan setiap kali mahu mengambil makanan.
5.Simpan nombor Pusat Racun Negara ( 04 – 6570099 / 1800 88 8099 ) di tempat yang mudah di lihat seperti di depan peti ais
Itu saja kali ini. Jumpa lagi.
Kak Rahimah



Kuala Lumpur Time
