walker Posts

Walker kanak-kanak dan buruk baiknya.

Salam ceria,

Maaf agak lama saya tak menulis apa-apa di blog ni. Bukan apa, batuk dan tak sedap badan. Suara kejap keluar kejap tidak.

Kalau keluar pun suara ni bunyinya dah macam penyanyi ELLA :) Anak-anak saya pun macam tu. Jadi ada pelanggan yang dapat bercakap dengan saya dan ada masa saya terpaksa sms sahaja sebab masa tu suara tak keluar dan tekak rasa sakit dan pedih.

Saya rasa sekarang cuaca panas dan hujan. Jadi kadanga-kadang jika anda ada anak yang sedang bersekolah, mereka mungkin balik basah kuyup jika berjalan kaki. Bagi yang naik bas pun macam tu juga terutama anak lelaki. Tak kena hujan pun mereka akan kenakan jugak badan mereka pada hujan :)

Cukup pasal cuaca sekarang. Saya hari ni nak bercerita pasal walker kanak-kanak yang saya ternampak waktu berjalan-jalan hari tu. Wah, harga sekarang boleh tahan mahalnya. Waktu dulu rasanya murah aje walker ni.

Apa bendanya walker ni? Mana yang tak tau , ini gambar walker untuk mana yang tak ada experience :)

Okay ke tak guna walker ni. Kalau anda malas nak pegang anak dan anak pula tak nak tidur dan anda perlu melakukan kerja,  walker sebenarnya membantu. Kanak-kanak yang belum pandai berjalan akan menggunakan walker ni untuk ke sana-kemari tanpa perlu anda memegang atau mendukung.

Bagaimanapun lebih banyak buruk dari baik pada pandangan saya. Walker meemrlukan kawasan yang lapang atau luas supaya perjalanan walker tidak terganggu. Risikonya jika kawasan sempit bayi anda mungkin terjatuh atau terlanggar halangan -halangan seperti perabot atau permainan yang berada di kawasan rumah seperti ruang tamu.

Jika di kawasan lapang juga ia ada risiko sendiri. Kemungkinan bayi anda akan berlari laju dan jika ‘over speed’ walker boleh terjatuh atau terhantuk pada dinding atau pintu rumah. Lebih buruk lagi jika pintu rumah terbuka. Awas jika pintu rumah anda berdepan dengan jalan atau depan pagar. Ia sangat merbahaya.

Menggunakan permainan seperti walker sebenarnya memerlukan pengawasan. Ambil 10 atau 15 minit jika anda perlu menggunakan walker dan jangan biarkan anak anda berada berseorangan. Mesti ada seseorang memerhatikannya dan tidak melakukan perkara lain. Jika tidak, jangan pakai langsung sebab tanpa pengawasan, macam-macam boleh berlaku.

Itu saja hari ini.  Jika anda rasa dah tak perlu gunakan walker, hantar aje kat kedai recycle atau cash converter dari terbiar. Atau sedekah aje pada kawan atau saudara yang nak guna tapi bagi la peringatan sikit pada mereka ye.

Kak Rahimah

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts


127.0.0.1