RSS
 

Posts Tagged ‘wanita’

7 cara berjimat untuk wanita yang telah berkeluarga

24 Jun

Kos kehidupan semakin meningkat. Rakan-rakan saya di pejabat juga kadang-kadang mengeluh sebab semakin banyak perbelanjaan rumah yang perlu di bayar.

Anak-anak yang semakin membesar bermakna anda perlu menambah perbelanjaan isi rumah anda. Memulakan perniagaan secara keci-kecilan adalah satu langkah yang bijak. Bagaimanapun tak semua orang mahu memulakannya.Mungkin tak ada masa atau modal.

Kalau anda belum berani atau tak tahu cara bagaimana memulakannya, anda boleh menambah isi pendapatan di rumah dengan memainkan peranan anda sebagai seorang ibu dan isteri. Caranya adalah dengan berjimat!

Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu peranan kita adalah amat penting. Ingat wang mungkin tak boleh memberi kebahagiaan tapi tanpa wang yang mencukupi banyak rumahtangga yang tunggang langgang.

Hari ni saya berikan sedikit tips yang boleh kita praktikkan sebagai seorang wanita, isteri dan ibu. Kata orang jika tak pandai macammana nak tambah duit, kita kenalah berjimat dengan cara mengawal perbelanjaan anda.

  • Menetapkan matlamat. Tulis dalam buku catatan anda apa yang penting anda ada dan apa yang kurang penting. Contonhya anda memerlukan sebuah mesin basuh baru dalam masa 3 bulan. Perhatikan apa yang boleh anda kurangkan perbelanjaan untuk membolehkan anda mereliasasikan matlamat anda.

 

  • Jual atau lelong barang rumah yang tak di perlukan. Ini sangat bagus sebab selain mendatangkan wang anda boleh mengosongkan rumah yang sesak.( Boleh jual kat laman lelong internet macam ebay atau pergi je kat Cash Converter- tempat jual barang terpakai ).

 

  • Guna barang recycle. Barang recycle harganya lebih murah. Contonhya dulu saya membeli buaian anak saya sebab malas nak beli baru dan harganya mahal! Saya beli je di Cash converter , tak sampai RM 30 pun. Sampai sekarang boleh pakai :) Kalau di shopping complex dah cecah ratus ringgit!

 

  • Mulakan menabung dari sekarang. Jika selama ini anda jarang menabung, kenapa tak mulakan dari sekarang. Mulakan dari jumlah yang anda termampu dahulu.Kata orang sekit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

  • Catitkan aliran wang keluar dan masuk . Mungkin ia agak sukar pada awalnya tapi dengan mencatitkan perbelanjaan, anda dapat melihat samada barang anda beli benar-benar di perlukan.

 

  • Didik anak-anak kepentingan menabung . Berikan anak anda tabung dan minta mereka masukkan wang lebihan belanja sekolah ke dalam tabung simpanan mereka. Terangkan bagaimana wang tabung itu amat penting jika terjadi apa-apa pada anda sekeluarga.

 

  • Kurangkan makan di luar. Makan di luar menuntut perbelanjaan yang lebih.Bukan tak boleh langsung tapi kawallah perbelanjaan anda.

Selepas ini cuba anda perhatikan setiap bulan samada apa yang anda lakukan di atas bermanafaat untuk anda sekeluarga.

Saya pasti anda pasti tersenyum kerana wang yang berlebih setelah anda berjimat boleh di gunakan untuk simpanan atau memiliki barang yang anda idamkan.

Selamat mencuba.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
2 Comments

Posted in Artikel

 

Wanita bekerja dan buat part time

12 Jun

Pada post yang lepas saya menerima banyak email yang bertanyakan bagaimana saya bekerja secara soho. Dalam email saya pada subscriber sebelum ni pun ramai yang tanya saya kat mana mereka nak cari peluang belajar kemahiran seperti menjahit , kursus kecantikan dan sebagainya.

Kata mereka memang banyak masalah kalau bekerja sebab tak ada masa nak tumpukan pada rumahtangga ( saya ada postkan juga tentang masalah tersebut sebelum ni)  boleh baca di sini jika anda tak sempat baca dulu .

Ada juga yang mintak sedikit nasihat bagaimana nak atasi kesibukan mereka bekerja sehari-hari tapi masih teringin nak dapatkan pendapatan tambahan. Maklumlah living cost bertambah tinggi sekarang..Jarang harga barang turun, kalau turun pun taukey kedai buat tak nampak je.

Ramai  terkejut yang saya masih bekerja sebab mereka ingatkan saya ni ada bukak salon atau butik kecantikan ..he he kedai saya kat online je ..cyber shop la katakan. Bukan saya tak nak bukak kedai tapi sapa pulak nak jaga kedai saya masa saya bekerja?.Gaji pekerja pun nak kena bayar, expenses lain sewa la..bla bla bla. Saya malas nak fikir benda-benda tu semua.

Yang paling penting sekali, kalau saya dah buat fulltime nanti saya nak beroperasi di rumah sahaja sebab saya nak tumpukan perhatian pada rumahtangga.Bukak kedai belum ada dalam perancangan saya.Sambil tengok tv pun boleh buat kerja.Bahagianya hidupku masa tu ( tengah berangan ).

Aik, melalut la pulak pagi ni . Sebenarnya di sebabkan ramai yang tanya saya macammana saya buat perniagaan internet, kat mana saya belajar, kena tau IT ke dan macam-macam soalan lagi la, maka hari ni saya rasa baik saya jawab je soalan tu kat sini aje. Mana la larat saya nak ajar sebab ada jugak yang sanggup nak belajar one to one dengan saya . Saya buka pakar ..hi hi.

Ranai orang kata nak buat laman web  susah sebab kena tau IT. Sebenarnya kenyataan tu tak la berapa tepat sebab saya sendiri pun IT zero.Tapi di sebabkan saya minat sangat nak tau, saya pun ambil inisiatif sendiri.

Sya pernah ambik short course di Cosmopoint untuk belajar pasal sedikit sebanyak tentang pembinaan laman web. Ada juga saya menghadiri kursus -kursus percuma, buku dan cd. KIra banyak juga la buku dan rujukan kat rumah. Saya cuba belajar sendiri dan jadi la juga web pertama saya iaitu mysetbersalin.com

Tapi di sebabkan saya nak betul-betul jadi pandai dan dapat duit banyak-banyak :) saya daftarkan diri saya untuk menghadiri seminar perniagaan internet dengan team Saifulsham.

Saya pernah siarkan gambar saya dengan mereka sebelum ni. Ni gambar dalam post saya sebelum ni. Ada lgi 2. 3 keping tapi pendrive pulak tertinggal kat ofice hari ni ;) .

Dengan merekalah  saya banyak belajar dan dapatkan tips bagaimana membina laman web. Bukan setakat laman web tapi laman web yang menjual ! Kalau setakat bina laman web je tak guna betul tak? Kena lah yang menjual.

Saya di tunjukkan cara membuat laman web,buat order form, masukkan gambar, cara buat blog dan sebagainya. Seminarnya pula lebih kepada tips-tips cara buat marketing dan info-info yang ramai orang tak tau.Kursus yang saya pergi tu 2 hari, hari sabtu saya pergi seminar, hari ahad saya belajar hands on ( buat laman web sendiri ).

Kiranya berbaloi la dengan apa yang saya belajar dengan apa yang saya dapat selepas balik dari seminar tu.Bestnya pulak habis seminar tu, kita boleh dapat lagi tunjuk ajar dan mintak mereka review balik laman web yang kita dah bina.Jadi tak adalah kita ni terkapai-kapai bila ada benda yang kita tak tau. Mereka ajar sampai pandai dengan syarat kita sendiri mesti ada inisiatif untuk belajar.

Memang la kan buat apa benda sekalipun kalau kita tak ambik inisiatif sendiri, plan la apa saja mesti tak jadi. Kira hangat-hangat tahi ayam aje lah. Ramai orang plan nak buat itu , ini tapi kalau tak ada mentor susah juga . Jadi saya jadikan Saifulsham ni mentor saya.

Apa yang saya tak tau, saya cuba cari dulu kat internet dengan buku, cd. Dah tak jumpa apa yang saya nak, barulah saya contact semula mereka mintak nasihat. Alhamdulillah sampai la sekarang mereka tak pernah fail bila kita mintak bantuan. Dan saya rasa inilah sebenarnya yang ramai orang nak bila buat sesuatu.

Jadi sekarang kalau ada minat nak belajar buat perniagaan internet saya sarankan mereka yang bertanya pada saya sebelum ni untuk join seminar Saifulsham ni. Jika kita ni nak belajar perkara lain macam menjahit ke , kursus kecantikan ke, carilah info tu kat laman web atau majalah dan suratkhabar.

Part menjahit ni ni saya kurang sikit sebab mata rabun :) takut tercucuk jarum kat jari. Part belajar masak lagi la pulak , tapi kalau part pada makan serah padaku.

Saya harap hari ni saya dah menjawab salah satu soalan soalan yang sering saya terima dari mereka yang pernah email saya bertanyakan bagaimana nak cari duit lebih. Saya faham sebab ramai juga pembaca blog ni yang teringin nak buat bisnes sendiri dan bantu suami .

Anak dah ramai , kos dah bertambah dan hanya mengharapkan gaji hujung bulan semata-mata memang tak cukup.Yang dah tension bekerja ( macam saya la ) dan rasa nak bekerja sendiri pun ramai cuma mereka tak tau cara yang betul.

Saya kadang-kadang rasa kesian bila baca suratkhabar atau majalah macammana kaum wanita yang kadang-kadang hilang punca bila ada masalah rumahtangga.

Ada yang di tinggalkan suami, ada yang suami dah meninggal dunia dan terpaksa menyara anak yang masih kecil . Jadi saya rasa kaum wanita patut menyediakan payung sebelum hujan. Kata orang langit tak selalu cerah. Jadikan kisah-kisah yang kita baca kat majalah , suratkhabar dan tv tu sebagai satu peringatan untuk kita berhati-hati.

Bukan apa jika terjadi apa-apa contohnya jika di buang kerja ke ( banyak kilang tutup sekarang ni ), VSS ke, atau apa-apa berlaku pada suami kita, tak la kita ni jadi tak keruan. Dan saya sebenarnya amat menyokong kalau ada saranan sekiranya kaum wanita tak perlu bekerja.Biarlah kaum adam menunaikan tanggungjawab menyara isteri sepenuhnya.

Banyak kelebihannya jika kita duduk di rumah dan melakukan apa yang kita suka  di rumah seperti dalam post saya sebelum ni ( baca di sini jika anda terlepas post tu ).

Nasihat saya wanita mesti sentiasa bersiap sedia. Buat je part time dulu , nanti lama-lama boleh jadi fulltime terus :)

Jumpa lagi

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel

 

Kisah Ibu bekerja SOHO

09 Jun

Saya sangat sibuk dan tension juga beberapa hari ni . Bukan apa sebab kadang-kadang dah rasa bosan sungguh untuk berada di pejabat. Saya membayangkan betapa seronoknya jika ketika ini saya dapat berehat-rehat di rumah .

Bukanlah rehat goyang kaki saja tapi saya boleh duduk melakukan apa yang saya sangat suka tanpa rasa penat dan tertekan. Maklum la dah nak financial year, jadi bos-bos kat office saya ni pun takut kalau-kalau mereka ni nanti tak dapat bonus kalau kami ni tak buat kerja atau sabotaj mereka ..hu hu.

Adat berkerja makan gaji macam tu la. Alangkah seronoknya kalau dapat bekerja sendiri dan buat apa yang kita suka. Banyak masalah yang timbul bagi wanita yang telah berkahwin lebih-lebih lagi yang dah ada anak untuk bekerja di luar.

 

Kalau anda ingat lagi , saya pernah menulis tentang masalah yang terpaksa di hadapai oleh ibu yang terpaksa bekerja pada post sebelum ini …( klik di sini jika anda belum baca lagi ).

Bukan setakat tension dengan masa yang mengejar kita, malah badan dan otak pun terasa letih . Sebelum saya melibatkan diri dengan perniagaan internet, saya banyak membaca dan melakukan kajian ..ewah..tentang bekerja cara SOHO di negara barat.

Apa yang saya perhatikan konsep bekerja secara ini sangat meluas di sana.Di Malaysia dah mula yang sedar tentang kebaikan bekerja secara SOHO ni tapi jumlahnya belum lah membanggakan. Mungkin masyarakat kita belum begitu di dedahkan denga kebaikan-kebaikan cara bekerja konsep seperti ini.

 Jadi biarlah hari ini saya kongsikan dengan anda kebaikannya . Mungkin selepas ini anda dapat ‘ geliga’ hikmat jika anda sedang hadapi masalah menguruskan rumahtangga yang saya sebutkan di post sebelum ini.

Pada sesiapa yang tak tak faham konsep SOHO ni apa..biar saya terangkan sikti dulu..sikit-sikit udah le ye. SOHO ni dalam bahasa orang putih maksudnya ” Small Office Home Office”. Kalau dalam bahasa melayu bermakna ‘ bekerja dari rumah’.

Bagaimana cara anda bekerja tu terpulang kepada diri kita sendiri tetapi yang paling penting ialah anda tak rasa tertekan dengan deadline atau apa-apa juga yang sering menyebabkan pekerja di luar sering stress.

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Ini adalah bayangan diri saya jika saya dapat melaksanakan impian saya untuk bekerja secara SOHO .

 

 

Tak ada sesiapa yang akan mengarahkan and buat itu dan ini . Bayangkan jika kita ada cara untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik tetapi jika boss kita tak setuju tak boleh jalan juga.

Pukul berapa kita nak mula bekerja sekali pun tak ada sesiapa nak tentukan. Bekerja dari rumah tak perlu dari pukul 9-5. Tentukan masa anda sendiri.Yang penting anda dapat melakukan kerja dengan teratur.

Satu perkara lagi he he…’bayangkan sewaktu orang lain berebut-rebut mengejar masa dengan lalulintas kita pulak tengah baca paper sambil minum teh ‘ Rasa-rasa cemburu tak? Jangan sangka duduk di rumah tak boleh buat duit. Kalau kita pandai, kat tempat jin bertendang pun duit boleh turun mencurah-curah :)

Masalah anak atau pembantu rumah juga selesai. Saya paling tak gemar bila dengar orang terpaksa dan  habiskan duit beribu-ribu untuk ambil pembantu rumah. Bila membantu rumah tu lari, kena keluar duit lagi. Yang kaya dan bertambah kaya ialah agen yang membekalkan urusan pengambilan pembantu rumah tu.

Anak-anak sebenarnya akan rasa lebih seronok jika ibu mereka berada di rumah bersama mereka. Kita juga boleh memantau apa yang anak kita lakukan, dengan siapa mereka berkawan. Tak percaya? Cuba sekali anda tanya anak anda sendiri pasti mereka akan suruh anda duduk di rumah saja.

Saya kadang-kadang dapat email dari pembaca blog ini yang bertanya kepada saya bagaimana nak cari peluang -peluang tu. Ada yang dapat saya balas dan ada juga yang email mereka bila saya balas ‘bounce’ balik sebab mungkin salah email address.

Ada juga yang tanya apa yang boleh mereka lakukan jika duduk di rumah? Issh banyak…:) Jangan fikir bekerja di pejabat saja. Contonhya kalau kita ada kemahiran dengan alih bahasa ,anda boleh melakukan kerja-kerja translation hanya di rumah. Kalau ada kemahiran menjahit, buat la sikit-sikit dan gantung langsir ( kalau langsir la ye ) yang anda jahit sendiri di tingkap.

Kalau hasil kerja cantik, jiran yang datang mesti tanya siapa yang jahit? Ha dari situlah bisnes kita akan berkembang. Kalau tak tahu menjahit tapi minat nak belajar, cari kat majalah , internet, suratkhabar tenatng kursus-kursus jangka pendek.

Di Kolej Komuniti ( contoh saja ye ) ada banyak kursus jangka pendek khas untuk orang yang bekerja untuk belajr dengan rate yang sangat murah.Tak percaya , cuba surf laman web tu tentu anda akan terkejut jika kos belajar buat kek dalam RM 10 je  :)

Lagi satu yang menariknya jika anda ada group, mereka boleh aturkan urusan transport dan tempat untuk anda.Berterima kasih la pada kerajaan Malaysia yang prihatin ni ( no politics here ).

Pada pendapat saya jika kita bekerja sendiri tanpa perlu keluar dari rumah adalah lebih membahagiakan dari terpaksa kerja makan gaji. Jangan tanya saya jika anda tak minat sebab anda perlu tanya diri anda sendiri samada apa anda sememangnya minat dengan pekerjaan anda sekarang dan mengapa anda meneruskannya juga jika jawapannya TIDAK!

Panjangnya pulak post saya kali ini.Meluahkan perasaan lah katakan sambil share apa yang patut. Sekarang anda boleh fikir sendiri patut atau tidak anda mulakan ‘SOHO’ bisnes anda mulai dari sekarang?

Anda jawab sendiri ye :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Masalah rumahtangga ibu yang bekerja

28 May

Dah hampir 4 hari blog saya tak dapat di update kerana sistem yang asyik kantoi di tengah jalan.Saya dah bangun pagi macam biasa tapi tak tau la kenapa teruk sangat kali ni.

Kawan saya kata saya toreh getah pagi-pagi tapi saya kata hari ni susu getah tak keluar :) Nampaknya saya terpaksa toreh getah lagi tengah hari nanti.

Beginilah kehidupan saya setiap hari. Bangun pukul 4 pagi untuk buat kerja-kerja online saya dan terpaksa stop pada pukul 6 pagi untuk buat sarapan dan makanan tengah hari.

Saya memang tak ada pembantu rumah sebab saya tak percayakan orang luar duduk di rumah saya ..he he.

Saya rasa ramai wanita terutama sekali ibu yang bekerja menghadapi masalah yang serupa seperti saya dan inilah tajuk posting saya kali ini.

Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, isteri ,ibu dan seorang usahawan perniagaan internet saya melakukan rutin yang sama setiap hari.

Saya rasa ibu yang bekerja memang banyak masalah di bandingkan dengan ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa .Ada yang kata apa masalahnya sebab setiap bulan ada gaji dan boleh beli barang yang kita nak dengan duit sendiri. Tak perlu nak harapkan pada suami.

Saya ? Saya ada plan saya sendiri dan saya memang bercita-cita untuk bekerja dari rumah sepenuh masa. Banyak sebenarnya masalah yang timbul apabila isteri atau ibu yang terpaksa keluar bekerja.

 

Antaranya masalah mendapatkan pengasuh untuk menjaga anak-anak yang tinggal di rumah . Itu kalau yang tak ada maid. Kalau ada maid pulak nak kena keluar duit bayar gaji setiap bulan dan yang paling saya rasa mahal sekali ialah kos untuk mendapatkan seorang pembantu di rumah.

Bukan saja mahal tapi belum lagi memuaskan hati. Saya juga risau jika terjadi apa-apa seperti kes anak di larikan pembantu rumah seperti yang pernah terjadi dulu dan banyak di laporkan di akhbar.

Saya tak berani mengambil risiko tersebut biarpun saya memang penat.

Begitu juga dengan bayaran ansuran rumah, kereta, talipon dan segala macam bil yang perlu di jelaskan setiap bulan.

Ibu yang bekerja juga terpaksa mengasingkan peruntukan sedikit wang untuk duit poket di pejabat dan sehari–hari . Ye lah kalau naik kereta kena bayar minyak, tol, parking dan sebagainya. Itu belum campur lagi dengan masalah traffic jam yang tak pernah surut.

Kalau duduk di pekan kecik atau di kampung tak jadi masalah sangat tapi kalau di Kuala lumpur ni memang mnyeksakan jiwa. stress!

Mana yang naik lrt pulak duit tambang lrt mesti ada .Takkan nak main panjat je lrt tu macam kita selalu tengok dalam cerita hindustan tu! :)

Lagi satu masalah bila pengasuh atau pembantu rumah not available maknanya terpaksa la ambil mc ke, el ke untuk jaga anak kat rumah.

Bila saya fikir-fikirkan balik banyak sangat masalah kalau kita ni bekerja. Masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada.

Anda macammana?

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
16 Comments

Posted in Artikel