Petua Mengurangkan Rasa Loya Sewaktu Mengandung

rasa loya sewaktu mengandung
rasa loya sewaktu mengandung

Petua Mengurangkan Rasa Loya Sewaktu Mengandung

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.Hari ini saya nak tulis petua mudah kurangkan rasa loya sewaktu mengandung. Puncanya saya lihat anak saudara yang saya yang baru saja di awal trimester yang mengalami masalah loya dan mual yang agak teruk.

Syukur alhamdulillah ketika saya mengandung saya tidak mengalami masalah rasa loya . Saya kurang pati kenapa saya serta adik beradik perempuan saya yang lain tidak mengalami masalah ini. Menurut ibu saya beliau juga memang tidak alami rasa loya ketika mengandungkan kami semua. Mungkin juga faktor keturunan.

Apa yang menyebabkan kita rasa mabuk atau loya sewaktu megandung ?

Menurut kajian rasa loya , mual atau mabuk ketika mengandung di sebabkan perubahan hormon wanita . Wanita mengandung juga mengalami peningkatan paras estrogen yang tinggi berbanding sewaktu tidak hamil.

Wanita yang mengandung anak kembar juga di dapati lebih kerap rasa mual begitu juga ibu yang mengalami kandungan anggur atau  ‘molar’.

Punca lain kepada rasa loya ini juga kerana masalah jangkitan salur kencing, radang usus serta keracunan makanan Info ini saya dapat dari portal kesihatan yang di sediakan oleh kerajaan.

Bagaimana mengatasi rasa loya sewaktu mengandung ?

Ada wanita mengandung mengalami masalah loya atau mabuk ini di awal kehamilan sahaja iaitu ketika trimester pertama. Kandungan ketika itu mungkin baru saja beberapa minggu hingga 1-2 bulan pertama. Ini adalah normal tetapi ada juga yang mengalami masalah mabuk ketika  hamil ini untuk jangkamasa yang panjang.

Jika ibu yang sedang mengandung itu terlalu lemah akibat mabuk adalah di nasihatkan untuk di rawat di hospital kerana ia boleh mengakibatkan masalah kekurangan air atau dehidrasi.

Apa sahaja yang di makan atau di minum atau yang di bau akan menyebabkan wanita mengandung muntah dan berat badan akan jatuh sehingga sedikit mengganggu kandungan yang sedang membesar.

Di takuti jika masalah yang serius bayi dalam kandungan tidak dapat nutrisi untuk pembentukan bayi yang sihat dan mengganggu proses pembesarannya.

Ada beberapa cara yang boleh di lakukan :

1. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap . Cara ini dapat memastikan ibu tersebut tidak kekurangan makanan yang mencukupi.

2.Elakkan makanan berminyak , makanan bergoreng dan pedas.

3.Mengambil halia boleh mengurangkan rasa mual dan loya .

4.Dapatkan rehat yang secukupnya dan elakkan mencium bau-bauan yang anda rasa boelh menyebabkan rasa loya .

Ada petua tradisional yang boleh anda cuba dan saya lihat serasi dengan anak saudara saya. Caranya, ambil sesudu beras dan letak dalam piring. Apabila anda rasa loya, cepat-cepat kunyah beras tersebut . Terus menguyah beras tersebut sehingga rasa loya anda kurang.

Cubalah!

Kak Rahimah

 

Comments

  1. meimei says

    jangan makan beras…… mgurangkan darah je tu time mgandung…. my aunt suka makan beras time mgandung… last2 kurg darah…