2 Petua mudah merawat bayi yang demam.

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.

Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

 

2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.

Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.

Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Semuga bayi anda cepat sembuh,

Kak Rahimah

Comments

  1. siti says

    t leh la cuba petua merawat anak demam. suhu bdn anak saya 37.5, saya tak mandikan dia. takut jadi ape2.btol ke?
    mlm tdi dia mengigil. tkut gak..tapi bila tutup kipas.pans plak.lastnya saya biar je dia mngigil. nasib baik tak jd pe2.
    tq

  2. alia says

    Salah satu yg saya tahu lumurkan badan dgn air asam jawa dan atas nasihat doktor juga ambil tuala basahan, perahkan tuala dan letakkan di bwh ketiak dan di dahi anak..

Trackbacks

  1. MOST INFORMATIVE SITE FOR ELECTRONICS….

    **YOUTUBE VIDEO REVIEWS ON THE HOTTEST ELECTRONICS OUT**…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


2 − 1 =