6 Petua mengempiskan perut dan melangsingkan badan.

 

 

Hello dan selamat tengahari kepada anda semua.

Tengah hari ni saya nak postkan tips mengempiskan perut. Pada mereka yang baru bersalin waktu berpantang adalah waktu terbaik untuk mengempiskan perut. Pakai saja bengkung bersalin tu sehingga 44 hari. Juga hanya tanggal waktu nak mandi sahaja. Selepas mandi pakai bengkung semula.

Cara ini lebih berkesan kerana jika kita tidak memakai bengkung, kita mempunyai potensi untuk makan lebih dari yang patut. Ada juga yang memakai bengkung di sebelah pagi tetapi menanggalkannya di waktu petang dan berlarutan sehingga malam. Cara ini kurang efektif kerana kita tidak bersungguh-sungguh dan sudah tentu kita tidak boleh merungut jika sehabis pantang perut kita masih menggeleber!

Baiklah jom kita lihat satu persatu petua yang saya kumpul dari sebuah majalah dan buku petua. Mudah-mudahan hasilnya menggembirakan kita ya!Sangat mudah kerana bahan-bahan yang di gunakan adalah bahan yang murah malah boleh di pasar atau di tanam sendiri. Jadi kepada pembaca yang mahu mencuba petua-petua di bawah jangan lepaskan peluang.

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Kepada pembaca yang ingin dan sedang mencuba petua ini nanti bagi tahulah kepada pembaca blog yang lain. Mungkin kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada mereka yang mungkin gagal dalam usaha mereka selama ini.

Selamat mengempiskan perut!

Kak Rahimah

 

 

 

 

Comments

  1. says

    hai saye liyana bagai mane kalau kite nak melangseng kan badan saye baru lepas bersalin sepas 6 bualan mcm2 badan saye naik,sori badan saye tak lah gemok mcm yang you all sangkekan tapi berisi sikit dia nak dekat pinggang so kalau boleh bia nak nampak kating sikit,umur saye baru belasan dan 19 atau nak masok 20 tahon macam 2 lah kalau boleh bagi lah petua dekat saye untok membakar lemak dalam badan ok yana opa………. sori lupe pulak tapi dekat sini banyak dan panjang sangat petunyer kalau boleh bagi lah yang ringkas punye senang nak di amalkan dan pendek bagi saye itu lah yang lebeh mujarab lagi ok

  2. misi lela says

    senang ja lau u all nak tampil cantik pas brsalin bagi la susu badan dkt ank yg baru lhir 2 klau boleh truskan smpai umor 2 thn eark,bkn je bentuk badan cntik tapi leh jarakkan kelahiran gak…..

  3. says

    saya adalah ibu kepada dua orang anak sulong 5 thn dan bongsu 2 thn. saya orang nya tinggi tapi kata orang untuk ketinggiana saya tak nampak gemuk tapi saya rasa i dah tambah berat boleh tak i ambil set bersalin walaupun sudah 2 tahun lebih bersalin atau ikut petua tersebut.boleh tak i dapat apa apa keputusan yang bagus.

  4. gaithri gunaseelan says

    hai kak saya nak tips mengurangkan berat badan.I baru bersalin dah setahun tetapi berat badan dah meningkat sebanyak 54kg.Lagipun perut i ni buncit sikit tak dapat pakai baju ketat.I melahirkan anak secara ceasern so i tak dapat berbekung. Jadi saya nak tips untuk masalah i ni dan i akan cuba untuk anak kedua . :(

  5. ila says

    Sy pun ada masalah perut buncit ..lepas bsalin ank yg first berat naik dr 45 ke 48 kilo , n ank yg second 48kg naik ke 51.perut buncit.
    Emmm ada sesiapa yg tahu cam ne nk kempiskn perut yg bunci…da cube gune mcm2 jenis bengkung tapi still x kempis jgk krim pati halia pun sama x bkesan.
    Just mate5 pun cam gitu jgk turun skit je pas tu naik balik..ape nk bt nie..?help me plz :roll:

  6. ctkus says

    mmg susah nak kempiskan perut..i dah cuba bermacam2 tapi xjd gak..London Weight Management pun xjadi..i dah tensen sangat..suami dah komplen mcm2..saya berharap sangat sesape yang ada petua baik punya mcmne nk kempiskan perut yang mcm 5 bulan preg ni..

    • shazlina abd kassim says

      MAAF YEA CIK CT KUS….. MSLH SAYA SAMA MCM AWAK….. TP BARU2 NIE, ADER SORANG TUKANG URUT DAN SAUNA KAMPUNG BG PETUA KAT MY HUBBY…. CUKA EPAL + MADU + AIR BERTAPIS…. ( PURE WATER ) MINUM….SEGALA KOTORAN DEGIL N SISA DEGIL DLM PERUT AKAN KELUAR MELALUI PEMBUANGAN AIR BESAR….( INSYAALLAH JIKA D AMALKAN LAH )…1 MORE, PENGAMBILAN FIBER D AMALKAN….INSYAALAH… BERKESAN….SAYA BARU NK CUBA…. ( fb saya shazlina abd kassim )

  7. visha,penang says

    hi,kak,i ada 2 org anak keci 3 1/2 thn dan 1thn 3 bln,normal delivery..skrg masalah i memang perut,pinggang dekat ketiak semuak dah berisi,sebelum kahwin i 50kg tapi skrg 58kg,160cm. i memang nak guna petua yang kak bagi tapi i ada doubt sikit,la..i ada castric,jadi bolehkah i cuba cara teh dgn limau? i tak makan byk ,sehari sekali shj makan nasi.. walaupun i suri rumah tapi i buat kerja ruma byk,jaga anak,driving,tak ada masa utk tidur sebelah petang pun,malam pun i masuk tidur selepas 11pm,midnite kena bangun utk bancuh susu,,dan setiap hari i bangun pukul 5am,,tetap,,i put on weight lepas keguguran anak ketiga thn lalu julai…i tak pernah makan pil perancang,,breast i sagging,,,nampaknya suami i yang terlalu risau dan selalu compare with other ladies walaupun i well dress up,,,need ur advise,,i terlalu kekurangan tenaga juga,,selalu sakit belakang,lenguh2,,,masa pantang memang tak ada org jaga i… 😥

  8. says

    ada lagi cara nak kempis perut dan kuruskan badan…minum jus manggis (produk vemma) dalam 2oz setiap hari seeloknya waktu pagi belum makan apa2…pastu sepanjang pagi minum air dalam 2 liter tapi bukan sekali gus minum sepanjang pagi…insyaallah akan rasa kenyang sampai tengahari…pastu tanpa sedar kawan2 akan kata “eh! nampak slim lah sekarang”..tak nak ke bila dapat kata2 macam tu…hehehehe…

    ok…..produk vemma tu boleh klik atau copy url kat bawah kalau nak tahu lanjut…

    http://www.surelumayan.com/abdul.ronif

  9. Ani says

    Makasi ats infox sy brat 70kg n tinggi 170 sya bermaslah perun n payu darah agak besa jd bju smua smpt akan sy cba tipsx. Suami sy blang mgkn gara2 gmuk jd sy susah hamil pa ndk apa2 sy cba tipsx

  10. says

    I had a dream to start my own commerce, but I did not have got enough amount of cash to do it. Thank heaven my close mate told to use the credit loans. So I used the short term loan and made real my dream.

  11. qistina000 says

    sy nak sangat ikut cara kempis kan perut..tp masalah nya..anak sy myusu bdn…so takut da effect kat anak…so ,cmna ar nak buat supaya xeffect kat ank?????ade ke cara lain nak kempiskan perut??????

  12. siti says

    saya ni ada masalah tentang berat badan sejak kawin dan ada anak ni badan saya semakin menjadi naik lah yang naik dekat punggung, perut dan dada… cam mana nak kurus kan tlg lah

  13. heidi says

    saya baru jer lpas besalin tp scisor n bby pn myusu badan.ade x cra nk kmpiskn perut supaya x efect pda bby?sblm nie perut ok jer walaupun dh 3 kali sya csisor,tp masuk kli keempt ketara sgt buncitnya…

  14. izaziz says

    nak cuba… rasa bersemangat sbb lepas bersalin 2 thn lepas, badan dah mengembang. Malu kat suami sebab dia dah slim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ 1 = 3