Bila waktu yang sesuai membeli barangan keperluan bersalin?

Salam ceria,

Dah 2 hari balik bercuti baru saya dapat buat posti balik di blog ni. Kepada yang buat tempahan sewaktu hari raya hari tu dan sebelumnya tempahan telah mula di hantar mulai 28 hb hari tu.

Maaf jika ada yang terlewat sebab sebaik saya kembali semula ke kuala lumpur, tak sempat saya pack barang-barang yang baru sampai dari supplier sebab ramai pelanggan yang datang ke rumah dari siang hinggalah waktu malam..terkejar-kejar saya di buatnya.

Rumah pun tak sempat nak kemas dengan anak saya yang tolong’cantik’kan lagi rumah saya :)

Insyaallah saya akan cuba pos kesemua tempahan sebelum dan selepas raya pada minggu ini..harap bersabar.

Satu lagi..nasib baiklah laptop saya yang terkena air hujan ni tak terbakar sebab tingkap rumah terbuka sebab angin terlampau kuat .

Okay la cukup la tu..untuk masa yang sangat singkat ni saya nak jawab soalan yang selalu saya terima dari pembaca blog dan laman web ni. Saya selalu di tanya bila waktu yang sesuai untuk membeli set bersalin atau lain-lain barangan keperluan sewaktu dalam pantang.

Sebenarnya itu terpulang pada diri dan budget kita. Satu kebarangkalian, kita boleh bersalin apabila kandungan mencecah 7 bulan. Jadi memang ramai yang mula membeli belah keperluan bersalin pada wantu-waktu macam ni.

 

Tak salah membeli lebih awal sebab perbelanjaan sewaktu mengandung dan selepas bersalin memang banyak menggunakan wang. Jika kita bermula lebih awal, rasa beban akan sedikit berkurangan.

Ada yang takut nak beli awal sebab takut terjadi apa-apa pada kandungan..itu pun satu perkara lagi. Ada juga kebenarannya sebab kata orang tua-tua jangan terlampau  gembira. Apa pun terpulang pada diri dan budget kita sendiri.

Cuma agak berisiko juga jika terlalu lewat menyediakan keperluan sebab selalunya time macam tu macam-macam hal boleh berlaku. Kalau dah lewat sangat, nak membeli sendiri anda mungkin dah masuk wad atau labour room ( saya biasa dapat tempahan macam ni ).Tapi kalau perkara terjadi macam ni bersabarlah dan jangan panik.

Selepas bersalin( kalau set NR  la ye ), kita boleh mula ambil selepas 3-4 hari.Jadi boleh la anda minta suami atau kawan-kawan tolong belikan barangan tersebut untuk di gunakan.

Cuma mungkin sebaik bersalin tu anda pelru gunakan minyak panas untuk di sapu ke seluruh badan ( untuk elakkan angin dan rasa sejuk sebab darah dah banyak keluar )

Kalau yang bersalin ceaser tu pulak, lepas 7 hari boleh mula guna. Tetapi sebaiknya sediakan sebelum anda bersalin lagi sebab kita boleh buat persedian yang lebih rapi. Sekurang-kurangnya barang-barang dah tersedia dan hati jadi lebih tenang.

Itu saja tips saya hari ni sebab lepas ni nak start sediakan breakfast dan lunch anak saya pula. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Comments

  1. khairul zahidah says

    salam,saya cikgu sekolah men. kosas.jadi macam mana saya nak pegi umah puan.adakah saya perlu membeli secara online juga.

  2. rahimah says

    khairul,

    Ramai cikgu datang kat rumah sebenarnya sebab dekat sangat :)..Nak datang call dulu ye takut saya keluar.

  3. hidayah says

    sy bercadang nak gunakan set NR lepas bersalin, tp ada side effect pd bb x????n yg promotion siap dgn bengkung 2 ada lg x??

  4. ieda says

    ada jual barangan untuk kelengkapan bayi tak?Dari segi pakaian, kain lampin, barut, diapers dll.juga utk ibu seperti pad bersalin dan seluar dalam pakai buang. :roll:

  5. safiah says

    puas sy crik no tel akak dlm blog ni…kt mn ye nk tgk…? leh tak email sy…sy nk order n tny tentang pek mandian herba.

  6. qila says

    salam, kak.. brp hrga set bersalin NR dan ada promosi yg ditawarkan x untuk produk ni..berminat nak beli..pos percuma ke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


4 − 3 =