Petua Mengelakkan Bengkak Buah Dada Selepas Bersalin

ibu menyusukan bayi
ibu menyusukan bayi

Petua Mengelakkan Bengkak Buah Dada Selepas Bersalin.

Hari ini saya agak sibuk di pejabat . Semalam saya cuti bawa anak saya berjalan-jalan sambil shopping beli baju raya. Raya tinggal 20 hari lagi lebih kurang. Kalau lambat-lambat nanti tak lalu tengok ramai sangat orang que time nak bayar dekat counter.

Tips hari ini adalah mengenai cara bagaimana menghindar atau mengurangkan bengkak buah dada selepas bersalin. Lazimnya terutama sekali bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu akan mengalami masalah bengkak buah dada kerana kandungan susu yang terkumpul.

Mengikut pengalaman saya kadangkala pada hari pertama bersalin, susu ibu susah sikit nak keluar. Nak menyusukan bayi pun tak pandai. Kalau di hospital swasta mungkin ibu yang baru bersalin kurang tension sikit sebab selalunya bayi baru lahir akan di beri susu formula jika susu ibu masih tiada. Jika di hospital kerajaan mungkin keadaannya berlainan .

Selalunya jika ibu gagal menyusukan bayi setelah beberapa hari, buah dada akan menjadi besar kerana susu badan telah terkumpul dan membeku kerana tidak ada penyusuan berlaku. Oleh kerana itulah setiap ibu baru bersalin harus bersabar dan bertenang jika bayi mereka gagal menyusu.

Hanya suakan puting susu pada mulut bayi setiap kali bayi bersama kita ketika waktu menyusu kerana secara otomatik bayi akan cuba menghisap susu .

Sekarang keadaan mungkin lebih baik kerana pihak hospital menyediakan jururawat untuk mengajar ibu yang baru bersalin untuk menyusukan bayi mereka. Baiklah untuk tidak membuang masa lagi saya berikan tipsnya kepada anda untuk di kongsi bersama. Anda boleh cuba mana yang sesuai .

1.Menggunakan daun kubis
Sangat mudah ! Ambil daun kubis dan tekap pada buah dada . Tukar daun kubis yang lain bila daun telah bertukar menjadi layu.

2. Menggunakan daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

3. Petua menggunakan cuka makan
Campurkan sedikit cuka makan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi. Petua ini di ajar oleh bidan yang mengurut saya masa bersalin anak yang pertama.

Seeloknya anda berurut dengan bidan selepas beberapa hari bersalin kerana bidan akan mengurut seluruh badan kita supaya lebih rasa lega dari rasa sengal-sengal selepas melahirkan bayi.

Nantikan pos saya pada masa akan datang tentang kebaikan berurut. Kita jumpa lagi

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

 

Comments

  1. says

    Saya menghadapi masalah kekurangan susu ibu ketika menyusu anak pertama dan kedua. Adakah sebarang petua yang dapat menambah pengeluaran susu ibu? Adakah set bersalin ini akan membantu atau perlukah saya mengamalkan sebarang petua lain? Terima kasih.

  2. mummy says

    masalah saya bukan bengkak sebab susu berakung..i dont know why, tapi bengkak pd 1 tempat je..macam bonjolan bulat, besar bola golf..bula pegang, sakit tempat tu.dia keras..n dia effect jugak bila i nak angkat tangan, terasa sakit lengan i n breast.
    bb bf as usual.tapi tu la, kalau mengiring pun rasa sakit..can somebody xplain or help me.

  3. liza says

    Saya dah dua bulan lepas bersalin, baby saya suka menyusu kak breast belah kanan jer, belah kiri dia tak suka, pastu, buah dada saya yang kiri tu menjadi kurang air ( susu menjadi berkurang ) so, yang bengkak belah kanan je. masalah saya adalah bagaimana nakseimbangkan penyusuan, agar breast tak besar sebelah.

  4. lin says

    saya mempunyai masalah puting susu buta.itu yang dikatakan oleh tukang urut saya dalam berpantang.buah dada saya membengkak,tapi susu keluar sangat sedikit.malangnya,bayi saya tidak menyusu badan.